Grab mengeluarkan permohonan maaf di atas insiden melibatkan seorang penghantar makanan yang dibeku akaun kerjanya. Syarikat yang sudah bertapak lama dan sinonim dengan rakyat Malaysia ini berkata bahawa berbuat demikian kerana ia adalah sebahagian daripada proses siasatan mereka jika kes tersebut serius, kata Grab dalam kenyataan maaf.
Menurut Grab, semasa kejadian melibatkan warga Singapura yang didakwa mengisi minyak ke dalam tong, penghantar makanan itu sedang bekerja dan dalam proses untuk menghantar makanan. Dia kemudiannya singgah di stesen minyak tersebut untuk mengisi minyak.
Grab Official Statement
Following a viral incident of a Grab delivery-partner who was suspended after an altercation at a petrol station in Johor, we would like to clarify this matter. For more details, please read our full statement attached pic.twitter.com/yo8Q644uWx
— Grab Malaysia (@GrabMY) June 22, 2023
Pihak syarikat kemudiannya menerima laporan daripada orang ramai melibatkan insiden yang mempunyai kaitan dengan keselamatan awam. Grab seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggantung sementara akaun kerja penghantar makanan tersebut selaras dengan tata kelola. Setelah siasatan selesai, mereka mengembalikan akaun tersebut.
Bagaimanapun, permintaan maaf tersebut mendapat reaksi negatif pengguna media sosial dengan kebanyakan mereka mempersoalkan keikhlasan Grab. Gerakan untuk memboikot Grab masih berjalan dengan seruan itu kini mula merebak jauh.
Bagi netizen, cara Grab menyiarkan kenyataan maaf adalah tidak profesional dan tidak bersungguh. Jawapan yang disiarkan menggunakan format Insta Story menunjukkan bahawa syarikat itu tidak benar-benar serius, kata pengguna media sosial.
πππππ. Pakai IG story jeee. Patut la ID aku dulu kau banned begitu sahaja. Customer first ye tak, dan2 lepas je hantar makanan kau banned id partner kau begitu saja. Untuk makluman semua grab memang suka banned ID partner diorg. Lepas tu diorg recruit baru dapat collectβ¦
β AK47 | GETB Takaful Advisor (@asyrafkamal_47) June 23, 2023
Kena rajin sikit ler buat official statement. Company dah listed international tapi posting macam budak pmr jaga account. Kalau x tau macam mana, boleh dm saya. Nanti cas ikut rate international juga la .
β The Affero (@aizzat) June 23, 2023
Your corp comm department sucks. Look at all those words chosen… so DEFENSIVE.
β reevesalip (@reevessalip) June 23, 2023
Comms department semua dah kena pecat ke kenyataan rasmi guna Instagram? Teruk betul retrenchment Grab kali ni.
β Melur (@danieleskay) June 22, 2023
Minggu lalu tular di media sosial insiden melibatkan seorang penghantar makanan bertengkar mulut dengan warga Singapura kerana membeli RON95 dan mengisinya ke dalam tong di Johor Bahru.
Kejadian itu telah menjadi buah mulut orang dan mendapat liputan meluas. Tidak dalam selepas itu, penghantar makanan itu kemudiannya mendakwa bahawa akaun Grab miliknya telah digantung tanpa sebarang penjelasan daripada syarikat yang berpangkalan di Singapura itu.
Kes ini telah membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak berpuas hati dan merasa tidak adil kepada penghantar makanan tersebut. Disebabkan itu, sebuah gerakan untuk memboikot Grab telah berlangsung.
Untuk pengetahuan anda, larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan asing bukanlah dasar baharu, ia sudah berkuat kuasa sejak 2010. Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup sebelum ini menyatakan sesiapa yang dilihat menjual RON95 kepada kenderaan asing adalah melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 dan akan berdepan denda sehingga RM1,000,000 dan/atau penjara sehingga tiga tahun.