Jika sebelum ini anda terlepas peluang mendapatkan diskaun saman trafik, ini peluang untuk anda melunaskan saman trafik tertunggak anda.
Bersempena Hari Bersama Pelanggan Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang akan memberikan tawaran diskaun sehingga 50% bagi saman trafik terpilih mengikut terma dan syarat bermula 13 Disember hingga 15 Disember ini dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.
Anda yang ingin mendapatkan diskaun dan membuat pembayaran boleh ke Balai Polis Daerah Kajang di kaunter bayaran dan semakan saman BSPT IPD Kajang. Adalah diingatkan bahawa penawaran diskaun ini hanya diberikan pada saman dengan kadar minima RM30 dan keatas.
Akan tetapi, diskaun berkenaan tidak dikira untuk jenis saman kemalangan tahun 2018, saman pandu laju musim Op Selamat tahun 2018, saman tidak boleh kompaun (NC), saman berstatus mahkamah, saman berkaitan kenderaan lori tahun 2018, saman berstatus waran tangkap bagi tahun 2018, kesalahan telefon bimbit tahun 2018, dan kesalahan langgar lampu isyarat merah tahun 2018.