Seperti sebelum ini, Apple sedia menawarkan warna baharu untuk model terpilih bagi memberikan kelainan buat peminatnya. Beberapa hari lalu telah tular berita tentang kehadiran warna baharu bagi siri 14.

Apple kini secara rasminya membawakan warna kuning untuk model iPhone 14 dan iPhone 14 Plus. Di Malaysia, para peminat boleh membuat pra-tempahan pada 10 Mac ini dan jualan pula bermula 14 Mac nanti.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Apple

Tiada perbezaan yang dilakukan pada spesifikasi peranti ini dan hanyalah berlaku perubahan warna dari segi kosmetik. Spesifikasi masih kekal dengan skrin 6.1-inci untuk iPhone 14 dan 6.7-inci untuk iPhone 14 Plus, dijana cip Apple A15 Bionic dan dwi kamera 12MP pada bahagian belakang.

Apple iPhone 14 dijual pada harga bermula RM4,199 untuk model 128GB manakala iPhone 14 Plus pula bermula RM4,699 juga untuk model 128GB. Adalah anda berminat untuk mendapatkan iPhone berwarna kuning pada kali ini?

Sumber