Bekas isteri Syamsul Yusof mendakwa pelakon dan pengarah itu hanya membayarnya RM300 sahaja daripada jumlah yang dia tuntut sebanyak RM3,000.

Ira Kazar menuntut bayaran RM3,000 daripada Syamsul Yusof kerana menyusahkan pihaknya untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur baru baru ini.

Mahkamah kemudian menetapkan bayaran RM200 untuk dibayar oleh Syamsul Yusof kepada Ira Kazar sebagai bayaran untuk kos kehadirannya.

Peguam yang mewakili Syamsul membantah tuntutan RM3,000 oleh Ira Kazar kerana menrutnya urusan perceraian yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September telah banyak menjimatkan masa semua pihak.

Namun peguam yang mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak merasakan angka RM3,000 diminta Ira Kazar adalah munasabah. Kerana tindakan Syamsul Yusof yang menyusahkan anak guamannya.

Dipetik dari mStar, Mohammad Fadhil menjelaskan, Syamsul Yusof sebelum ini tidak jujur ketika lafaz taklik sebelum ini, sehingga mereka memfailkan perkara itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

“Saya cuma nak katakan bahawa kami kesal kerana Syamsul sudah pun membuat lafaz cerai di luar mahkamah. Tapi Syamsul memilih untuk membuat permohonan cerai dan bukannya pengesahan lafaz taklik yang berlaku sejak 14 Ogos lalu,” tegas peguam itu lagi.

Pasangan selebriti itu bercerai talak 1 pada 5 September lalu selepas mahkamah mengesahkan berlakunya perlanggaran taklik oleh Ira sejak 14 Ogos lalu.