Pada bulan April lalu, personaliti media sosial dan YouTuber, Isa Isarb telah membuat netizen kurang senang apabila mengetahui video cabaran RM10,000 dianjurkannya itu telah ditaja oleh syarikat M88, sebuah syarikat perjudian online yang turut beroperasi di Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Rata-rata netizen juga menasihati Isa Isarb agar menyemak dahulu syarikat yang mahu memberikan tajaan kerana ia berkaitan dengan hukum halal dan haram. Lebih lagi perbuatannya itu secara tidak langsung boleh menpengaruhi fikiran penonton-penonton videonya bawah umur yang masih kurang matang.

Baca Juga:
- ‘Tak Selidik Dulu Ke?’ – Netizen Hairan Mengapa YouTuber Ini Sanggup Ditaja Syarikat Perjudian
- Tular Bergaduh Guna Senjata Di Pusat Futsal, Isa Isarb Tampil Jelaskan Perkara Sebenar
- ‘Patut Duduk Rumah’- Netizen Kecam Wanita Hamil Terjatuh Ketika Mahu Sertai Cabaran YouTuber Bernilai RM10,000
Dalam satu petikan daripada video YouTube baharu yang dimuat naik, Isa Isarb ada memberitahu sebab mengapa dia mempromosikan syarikat perjudian dalam videonya terdahulu.
“Sebab masa sekali itu, lembaga pengarah ada yang Islam, ada yang bukan Islam. Lagi satu sebab, masa itu tengah kena kejar income tax (LHDN). Disebabkan itu yang saya ambil.
https://www.tiktok.com/@mr_michael31/video/7148425048867507482?is_from_webapp=v1&item_id=7148425048867507482&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F&referer_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2022%2F09%2F29%2Fisa-isarb-jelaskan-isu-iklan-syarikat-judi-ramai-yang-tak-setuju-dengannya%2F%3Ffbclid%3DIwAR0fw27MDThOpLIyTSElZ3EfnSaf5uM5T-eVZ8xt26oq_0ojL7usSHia72o&referer_video_id=7148425048867507482
“Dia tahu (salah seorang ahli Isarb Clan) sebab saya ambil. Tapi dia memperbesarkan perkara tersebut. Walhal pada masa itu darurat,” petik kenyataan yang dikeluarkan oleh Isa Isarb.
Penjelasan itu diberikan semasa dia mengumumkan salah seorang ahli dari pasukan Isarb Clan dibuang serta-merta. Isa Isarb berpendapat individu itu ‘talam dua muka’ kerana terlalu memperbesarkan hal iklan syarikat judi berkenaan.
Sedutan video penjelasan sepanjang kira-kira 1 minit lebih itu mendapat kecaman netizen kerana perbuataan Isa Isarb jelas salah dan bertentangan daripada segi hukum syarak agama Islam.



Netizen juga mempersoal tidak ada perniagaan lain yang lebih baik untuk dipromosikan sehingga sanggup mengambil tawaran syarikat perjudian tersebut bagi menyelamatkan keadaan ‘darurat’ Isa Isarb.