Serangan udara Israel telah menghancurkan sebuah gereja Yunani ortodoks di Gaza yang menempatkan kira-kira 500 penduduk Palestin yang berlindung di sana, kata kementerian dalam negeri. Pihak berkuasa gereja telah menuduh Israel yang bertanggungjawab atas kemusnahan itu sehingga membunuh lapan orang, lapor Wionews.

Gereja Ortodoks Yunani Saint Porphyrius adalah gereja tertua di Gaza. Menurut Al Jazeera, seorang paderi sebelum ini telah meramalkan bahawa rumah agama selain masjid akan menjadi sasaran Israel, kerana ia menjadi tempat perlindungan penduduk Palestin. Sebarang serangan ke atas gereja, Father Elias berkata, “bukan sahaja serangan terhadap agama, yang merupakan perbuatan keji, tetapi juga serangan terhadap kemanusiaan”.

Baca Juga:

The Washington Post berkata ia telah “mengesahkan lokasi gereja berdasarkan video yang menunjukkan orang ramai sedang melakukan usaha mencari melalui runtuhan bangunan yang musnah”.

The Order of Saint George, sebuah badan berkaitan gereja, telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa gereja itu telah dimusnahkan. “Archbishop Alexios nampaknya telah dikesan dan dia masih hidup, tetapi kami tidak tahu sama ada dia cedera atau tidak. Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai 500 orang yang ditempatkan di gereja dan biara, termasuk orang yang telah menjadi sumber kami untuk kebanyakan maklumat kami, “kata kenyataan itu.

“Bom itu mengenai dua dewan gereja tempat pelarian, termasuk kanak-kanak dan bayi yang sedang tidur. Pada masa ini, mangsa yang terselamat sedang dalam usaha mencari mangsa yang tersekat dalam runtuhan. Sumber kami di tempat kejadian mengatakan bahawa mereka menganggarkan 150-200 orang maut, dan jumlah itu dijangka meningkat apabila lebih ramai orang ditemui dalam runtuhan itu,” sambungnya.

Menurut Kementerian Kesihatan di Gaza, 3,000 orang telah terbunuh sejak 7 Oktober dan 12,500 cedera. Di Israel, lebih 1,400 orang terbunuh dalam serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu.

Sumber