Salah seorang anggota polis di Indonesia telah bertindak membakar suaminya sehingga meninggal dunia ekoran ketagih untuk bermain judi online.

Anggota polis wanita (Polwan) Briptu Fadhilatun Nikmah melakukan tindakan tersebut di rumahnya selepas sang suami, suaminya, Briptu Rian Dwi Wicaksono (27) menggunakan wang gaji yang sepatutnya digunakan membeli keperluan harian untuk kegiatan judi atas talian.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketika proses pendakwaan di mahkamah Mojokerto, Jawa Timur, Fadhilatun atau yang lebih dikenali sebagai Dila menceritakan dengan lebih lanjut ketika beliau membakar suaminya.

“Saya gari tangan kirinya di tangga menggunakan gari milik suami dan dia diam saja kerana saya dapat tahu dia mennggunakan duit gaji untuk judi online,” katanya.

Dia kemudiannya menyiram minyak petrol ke atas suaminya yang dibeli sebelum kembali ke rumah dari balai polis dan terus membakar anggota malang itu sehinga menyebabkan kebakaran di seluruh badan.

“Ketika badan suami terbakar, saya meminta tolong. Ada dua jiran yang kemudiannya membantu untuk memadamkan api. Setelah api padam, suami masih boleh bercakap dan meminta minum,” tambahnya.

Dila dan suami kemudiannya dibawa ke hospital dan beliau ditahan lima minit selepas itu bagi memberikan keterangan mengenai insiden tersebut.

Tidak lama selepas itu, Briptu Rian kemudiannya disahkan meninggal dunia kerana mengalami luka bakar sebanyak 96 peratus di tubuhnya.

Kejadian ini boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk kita semua agar tidak terjebak dengan kegiatan seperti judi kerana ia boleh merosakkan masyarakat terutama keluarga.