Pada bulan September tahun lalu, seorang gadis berusia 19 tahun menjadi bualan netizen apabila suaminya membelikannya sebuah Lamborghini Aventador SV edisi terhad berharga kira-kira RM3 juta bagi memenuhi ‘mengidam’ isterinya yang ketika itu sedang hamil.
Terbaharu, bagi ‘membalas semula hadiah’ suami tercinta itu, gadis itu yang dikenali sebagai Ayuni telah memberikan satu kejutan luar biasa apabila dia turut menghadiahkan suaminya sebuah Lamborghini.
Menurut bakal ibu muda itu, dia menghadiahkan kereta model Huracan Evo bernilai sekitar RM2 juta itu sebagai satu penghargaan atas pengorbanan suaminya dan mahu dia sentiasa berada di sisinya sepanjang tempoh berpantang nanti.
@ayunieso24 #ad Bagi awl2 hadiah utk jaga sy dlm Pantang nnti 😘 Terima kasih suami , besar mana pun nilai hadiah ni takkan dapat balas kebaikan awk #fyp #ad #vitamilk
“Saya beri hadiah awal-awal sebab masa berpantang nanti tak boleh pergi jauh-jauh. Ikut perancangan, saya akan berpantang di rumah keluarga saya di Pasir Mas, Kelantan.
“Mengikut amalan berpantang yang sering dilakukan oleh keluarga saya di Kelantan, tempohnya sehingga 100 hari. Maka tiga bulanlah suami kena ikut saya ‘berkampung’ di rumah mak ayah saya,” terangnya kenapa berikan hadiah tersebut lebih awal.
Ayuni juga memberitahu bahawa ada kemungkinan dia bakal melahirkan bayi mereka secara ‘czer‘, jadi dia mahukan perhatian lebih dan pada masa berharap agar suaminya dapat menjaga bayi mereka tidak kira siang ataupun malam.
Tambahnya lagi, suaminya yang berusia 20 tahun itu aktif dalam membuat kerja-kerja pemasaran untuk perniagaan mereka pada waktu malam sehingga pernah tidak tidur sampailah waktu pagi.
“Suami pernah tak tidur sampai ke pagi. Dia cuma risau bila berjaga malam dan siang tidur, masa siang tu pula anak meragam. Kalau jadi macam tu, saya kena kejutkan suami untuk uruskan anak,” gurau Ayuni dalam satu temu bual bersama mstar.
Hantaran video itu telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan dan tiga ribu komen daripada pengguna TikTok yang lain. Ramai yang terharu melihat bagaimana seorang isteri sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk memberikan hadiah kereta idaman suaminya yang bernilai jutaan ringgit.
Tambah netizen lagi, mereka mendoakan agar Ayuni selamat menyambut kelahiran bayi mereka nanti dan dapat berehat secukupnya semasa tempoh berpantang nanti.
*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Dalam satu kisah lain pula, seorang wanita terkejut apabila mendapat tahu harga sebenar sebuah model Hot Wheels yang ingin dihadikan kepada suaminya.
Janji Mahu Belikan Kereta Hot Wheels Buat Suami, Isteri Terkejut Bila Tahu Harganya Mahal
Kisah Di Sebalik Video ‘Delivery Day’ Porsche Cayenne Yang Tular Di Media Sosial