Isteri Shuk tuntut cerai kerana terkilan sikap suaminya itu yang dianggap tidak ada usaha memperbaiki rumah tangga yang mereka bina sejak November 2023.

Shuk Sahar ketika itu mengumumkan bahawa dia dan Fara Salleh sudah bernikah secara senyap beberapa bulan selepas Shuk bercerai dengan isteri terdahulu, Rossa Sera pada Mac 2023.

Shuk

Isteri Shuk Sahar iaitu Far Salleh sudah memfailkan cerai di Mahkamah Renda Syariah Segamat dan menunggu tarikh sebutan kes.

Sebelum ini Fara Salleh mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan bahawa dia bergelut untuk hidup bersama dengan suaminya Shuk.

Fara Salleh Shuk Sahar
Foto: Rotikaya

Wanita itu malah membandingkan kehidupan ketika dia masih bujang dengan selepas berkahwin bersama Shuk.

Menurutnya, selepas berkahwin dengan Shuk Sahar, dia mengalami masalah kewangan. Seringkali dalam akaun tinggal RM30 dan RM50.

Sedangkan dahulu ketika masih bujang dia sentiasa ada sekurang kurangnya RM1,000 dalam akaun sementara menunggu gaji dan selalu keluar membeli belah dan melancong ke luar negara.

Isteri Shuk Sahar Akui Sedang ‘Struggle’ Dan Selalu Sengkek, Akaun Cuma Ada RM30

Isteri Shuk tuntut cerai

Isteri Shuk tuntut cerai dan berharap pelawak terkenal itu memberikan kerjasama untuk memudahkan proses tersebut.

Fara juga benar benar berharap kawan kawan Shuk tidak mengganggu urusan mereka untuk bercerai.

Fara Salleh menegaskan bahawa, Shuk Sahar lebih mementingkan kawan kawannya berbanding dia sebagai isteri dan bayi mereka yang masih ada dalam kandungan.

Dipetik daripada mStar, Fara Salleh berkata: “Saya dah selesaikan segala urusah perceraian dan menunggu tarikh daripada mahkamah.

Fara Salleh isteri shuk tuntut cerai
Foto: IG Fara Salleh

“Besar harapan saya agar Shuk akan berikan kerjasama dan harap kawan kawan dia tak menganggu dalam proses perceraian ini.”

Isteri Shuk tuntut cerai kerana menurutnya suaminya itu: “Dia langsung tak tunjuk usaha mempertahankan hubungan kami dan sebab itu saya nekad mahu bercerai.

“Apa yang lebih penting bagi dia adalah silahturahim dengan kawan kawannya berbanding saya dan bayi dalam kandungan ini.”

Ini bukan pertama kali isteri Shuk tuntut cerai. Kerana tahun lalu dia turut membuat perkara yang sama dengan mengakui dia menyesal mengahwini lelaki tersebut.