Hari ini isteri bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah ekoran pergolakan rumah tangga yang semakin meruncing.

Isterinya, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, berkata, permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau hadir bersama peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud mengemukakan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

“Tan Sri pun sudah keluar rumah kelamin sejak enam bulan lalu. Selepas tuntutan cerai ini saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak saya yang berusia lapan tahun,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Mahkamah menetapkan 11 Mei untuk sebutan semula kes. Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2 Ogos 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Sumber