Baru-baru ini, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memakai bikini putih ketika sedang mandi manda di sebatang sungai semasa percutiannya bersama rakan di Warleigh Weir, United Kingdom.

Susulan itu, Leona telah dikecam hebat netizen dan ada netizen yang mengatakan bahawa Azhar tidak menasihati anaknya itu. Oleh itu, Azhar dalam satu video TikTok tampil menasihati anaknya secara terbuka.

Baca Juga:

@theazharsulaiman

Please be smart like me Leona…..!

♬ original sound – AzharSulaiman – AzharSulaiman

Menurut Azhar,‘rahsia’ untuk terus dikenali dan diingati peminat adalah sentiasa sensitif dan peka dengan apa yang ditunjukkan dalam media sosial.

“Jadi bijak la, macam Daddy kalau pergi parti, pergi Changkat ke berjimba ke, private party, tak kongsi di media sosial.” ujar Azhar.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen merasakan Azhar sudah mencuba untuk menjadi bapa yang terbaik untuk anak-anaknya tetapi tindakan anaknya itu bukanlah boleh dikawal sepenuhnya.