Apa Itu Buli?

Buli ialah corak tingkah laku yang disengajakan dan berbahaya, di mana seseorang berulang kali cuba menyakiti, menakut-nakutkan, atau mengawal individu lain. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk.

Buli Siber

Berlaku di platform digital untuk mengancam atau memalukan seseorang melalui media sosial, mesej teks, atau emel.

Buli Fizikal

Menggunakan kekerasan fizikal seperti menumbuk, menolak, atau merosakkan barang milik seseorang.

Buli Verbal

Menggunakan kata-kata untuk menghina, mengejek, atau mengancam seseorang dengan komen yang menyakitkan.

Buli Sosial

Cuba merosakkan hubungan sosial atau reputasi seseorang dengan menyebar khabar angin atau mengecualikan mereka.

Perkongsian & Luahan

Pengalaman anda mampu membantu orang lain. Luahkan apa yang terbuku di hati secara anonim di ruang ini. Bersama-sama, kita boleh melawan buli dan menyokong mangsa untuk bangkit semula.

Infografik

Infografik ini direka untuk meningkatkan kesedaran, menggalakkan tindakan, dan membina persekitaran yang selamat dan peduli. Bersama, kita boleh hentikan buli!

Tonton ini