Jika anda seorang penggemar makanan segera dan sering berkunjung ke restoran-restoran kegemaran ramai rakyat Malaysia seperti McDonald’s dan KFC, sudah pasti anda pernah bertemu dengan sekumpulan pelajar yang dilihat sedang mengulangkaji pelajaran di sana.
Betul. Mengulangkaji pelajaran ataupun mengadakan group discussion di sebuah restoran yang mana tujuannya dibuka adalah untuk membolehkan pelanggan setia mereka menjamu selera.
Tindakan mereka menggunakan ruang makan yang telah disediakan di restoran ini kadang-kala sedikit mengganggu pelanggan yang datang untuk menjamu selera.
Terutamanya di waktu puncak seperti lunch hour dan juga makan malam.
Seperti yang dikongsikan seorang pengguna Twitter ini yang menceritakan pengalaman peribadinya dalam menghadapi situasi pelajar yang belajar secara berjemaah di McDonald’s dan kemudiannya ditegur oleh seorang pelanggan di sana.
I saw this pic , i ade story sikit, that time i dgn my friend ke mcd sec26.. tgh que nk order nmpk la ade 1family ni ber5 ade ank kecik 4-7 tahun 2 org & another 1 umur 12 tahun cmtu Chinese* pic.twitter.com/OnANpM0vUr
— Cik Anas (@anas_cik) January 28, 2020
Menurut perkongsian yang dibuat Cik Anas, kejadian pelanggan tersebut menegur sekumpulan pelajar yang mengulangkaji di sana bukanlah dibuat secara membuta-tuli.
Namun ia disebabkan tindakan pelajar tersebut yang terlebih dahulu menegur sebuah keluarga kerana mendakwa kanak-kanak tersebut membuat bising ketika mereka sedang belajar.
Dgn nada agak kasar* ade sorang budak perempuan dri group student tuh sounds Chinese yg tgh gelak2 smbil pegang gadget tu *Boleh tolong senyap x? Both of u disturbing our study.. kitorang x fokus.. kuat ye* die sound, kuat* smua org tgok pompuan yg sound tuh..
— Cik Anas (@anas_cik) January 28, 2020
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, keluarga tersebut kemudiannya akur dengan permintaan pelajar tersebut tetapi menyedari seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan pelajar tersebut memarahi keluarga tersebut, seorang pelanggan lain tampil ke hadapan.
Then family Chinese tuh mcm x nk keruh keadaan die calm kn akak tu.. * x pa x pa, saya pun sudah mau habis makan nnt kitorang pegi.. akak tu ucap balik u stay here .. diorang yg sepatut pegi sebab sini bkn tmpt study sini tmpt makan..
— Cik Anas (@anas_cik) January 28, 2020
Kejadian tersebut juga turut mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen tentang kewajaran kumpulan pelajar yang biasanya mengulangkaji pelajaran di restoran-restoran ini.
Walaupun tidak ada peraturan yang melarang mereka dari mengulangkaji pelajaran di sana kerana mereka juga mungkin adalah pelanggan restoran itu sendiri namun mereka seharusnya lebih memahami dengan keadaan persekitaran.
Since tweet ni blow up, ade la some student yg bitter,i tweet ni bkn i marah korang study kt mcd, but..uoll marah org yg bising kt mcd tu sbb uoll x boleh fokus study wtf?! Rmai je yg study kt mcd tpi okey je boleh hadam org bising, make sense lah kau kt mcd bkn kt library 😑
— Cik Anas (@anas_cik) January 29, 2020
Secara dasarnya, restoran adalah tempat untuk orang ramai menikmati hidangan masing-masing di dalam keadaan yang tenang dan berbual bersama kawan-kawan ataupun keluarga.
Tidak salah untuk pelajar mengadakan sesi perbincangan bersama rakan-rakan, namun sebagai rakyat dan masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya lebih bertimbang rasa dan bertolak ansur ketika berada di tempat awam.
Selepas membaca perkongsian yang telah ini, apa pandangan anda terhadap pelajar-pelajar yang menggunakan kemudahan di restoran-restoran makanan segera ini untuk dijadikan tempat mengulangkaji pelajaran?
Adakah ia sesuatu yang wajar ataupun tidak untuk dilakukan?
McDonald’s baru-baru ini juga telah melancarkan Spicy McNuggets yang dikatakan mampu memberikan lebih kick kepada deria rasa anda. Klik pautan di bawah untuk membaca.Â
McNugget Pedas, Menu Terbaharu McDonald’s Yang Pasti ‘Kick’ Deria Rasa Anda
Pedas Sangatkah ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’ McDonald’s Ini?
‘Oreo Cookies & Cream Pie’ Antara Menu Baharu Diperkenalkan McDonald’s Malaysia