Kejohanan BWF World Tour Finals 2024 bakal ke penghujung dimana saingan sudah memasuki perlawanan akhir yang dijadualkan bermula pada 2.00 petang esok.
Seperti dilaporkan sebelum ini, dua wakil negara iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi mara ke pentas final.
Baca Juga:
- BWF World Tour Finals 2024: Sze Fei-Nur Izzuddin Atasi Fajar Alfian-Rian Ardianto Untuk Ke Final
- BWF World Tour Finals 2024: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Lakar Sejarah, Mara Ke Final
- Ini Jumlah Hadiah Wang Tunai Menanti Pemain Di BWF World Tour Finals 2024
Tang Jie-Ee Wei mengenepikan cabaran rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dengan kemenangan ‘straight set’ 21-15, 21-12 pada aksi yang berlangsung di sebelah pagi.
Manakala, Sze Fei-Nur Izzuddin pula mempamerkan kekentalan mental di tahap tertinggi untuk menewaskan wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 17-21, 21-16, 27-25.
Susulan dengan kemenangan manis dicatatkan di Hangzhou, China itu, Tang Jie-Ee Wei menempah pertemuan menentang pasangan yang bakal membuat penampilan bersama buat kali terakhir, Zheng Siwei-Huang Yaqiong.
Zheng Siwei seperti diketahui sebelum ini telah mengumumkan persaraannya daripada pentas badminton antarabangsa.
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin pula akan sekali lagi berhadapan dengan wakil Denmark yang menewaskan mereka pada aksi pembukaan peringkat kumpulan tempoh hari, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berikut merupakan jadual penuh final BWF World Tour Finals 2024:
1) Perseorangan Wanita – Han Yue lawan Wang Zhi Yi – 2.00 petang
2) Beregu Campuran – Zheng Siwei-Huang Ya Qiong lawan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei – dianggarkan jam 3.00 petang
3) Beregu Wanita- Baek Ha Na-Lee So Hee lawan Nami Matsuyama-Chiharu Shida – dianggarkan jam 4.00 petang
4) Beregu Lelaki – Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen lawan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani – dianggarkan jam 5.00 petang
5) Perseorangan Lelaki – Anders Antonsen lawan Shi Yu Qi – dianggarkan 6.00 petang