Nak penuhi banyak penghantaran barang pesanan tiada masalah selagi tidak membahayakan diri mahupun pengguna jalan raya yang lain.
Seorang pengguna Facebook menerusi grup Lalamove telah berkongsi gambar seorang rider dari sebuah syarikat penghantaran tempatan yang sanggup mengambil pesanan barang yang besar meskipun hanya menaiki motosikal.
Menerusi gambar yang dikongsikan, dapat dilihat seorang rider meletakkan beberapa barangan besar pada beg raga di belakang motosikalnya sehingga digelar seperti kondominium kerana terlampau tinggi.
Lebih mengeruhkan keadaan lagi, rider berkenaan hanya mengikat barangan itu pada bahagian bawahnya sahaja yang mana masih tidak selamat untuk dibawa. Setakat ini masih tidak dipastikan lokasi sebenarnya tetapi berdasarkan nombor plat menunjukkan ia memang berlaku di Malaysia.
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen menegur tindakan rider tersebut sanggup mengambil barang pesanan yang besar di mana membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain serta mendakwa jangan membawa perangai yang biasa dilakukan di negara jiran.
Dalam pada itu, rider lain turut menasihati agar mengambil barangan yang bersesuaian dengan kenderaan yang dibawa untuk penghantaran. Mereka juga menegaskan tidak berbaloi berbuat perkara merbahaya itu meskipun dibayar tinggi.