Berakhir sudah acara temasya sukan Olimpik Paris 2024 kali ini dengan jayanya walaupun wujud pelbagai drama yang tidak disangka-sangka.

Atlet badminton negara pula berjaya meraih sebanyak dua pingat gangsa yang menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →
‘Jangan Jadi Keyboard Warrior Je’ - Lee Chong Wei Tegur Netizen Untuk Komen Yang Lebih Membina
Sumber Gambar: IG @leechongweiofficial

Baru-baru ini, lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah berkongsi ucapan penghargaan dan berterima kasih kepada atlet badminton yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dengan mempamerkan persembahan yang padu di Malaysia.

“Terima kasih jaguh-jaguh negara kerana menyatukan bangsa Malaysia dengan persembahan padu di Paris. Anda semua telah mengharumkan nama negara di persada dunia.

“Chong Wei berharap usaha untuk Los Angeles 2028 kena berlaku segera. Atlet, coaches dan badan-badan sukan haruslah menggunakan pengalaman di Paris dan meningkatkan lagi usaha untuk impian emas 4 tahun nanti,” katanya.

Dalam masa sama,  beliau turut menasihati para penyokong untuk terus memberi sokongan penuh kepada atlet negara.

Tambahnya lagi, netizen diminta memberi komen atau kritikan yang lebih membina ketika di media sosial selepas ini kerana sebarang komen negatif boleh merosakkan atlit kita dan memusnahkan perpaduan negara.

Beliau sempat memerli individu yang suka menggunakan akaun palsu kemudian meninggalkan komen negatif lagak seperti keyboard warrior walhal tidak pernah menyumbang jasa kepada negara.

“Janganlah ko bermisai dan gigi jongang tapi pakai profil muka awek suci pastu komen negatif, yang boleh merosakkan keyakinan atlet kita dan memusnahkan perpaduan negara,” komen sinis kepada individu berkaitan.

Sebagai pengakhir kata, beliau mengajak atlet negara untuk berusaha merangkul emas pada Olimpik LA 2028 kelak.

Sumber