Sebelum ini, Hafidz Roshdi dilaporkan telah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri talak satu dengan bersaksikan keluarga selepas kemelut rumah tangganya menjadi perhatian umum apabila Hafidz dikatakan curang.
Susulan itu, Shuhada akhirnya tampil memberi jawapan berhubung dakwaan membabitkan dirinya itu. Menerusi laporan, Shuhada menganggap jodohnya bersama suami, Hafidz Roshdi tidak panjang dan memberi bayangan bahawa kini hubungan mereka sudah pun berakhir.
Baca Juga:
- Bersaksikan Keluarga, Hafidz Roshdi Didakwa Ceraikan Isteri Talak Satu
- Ketawa Sambil Pandang Isteri Dalam Live, Netizen Dakwa Hafidz Rosdi ‘Prank’ Satu Malaysia
- ‘Masa Sedap Tak Ingat Allah’ – Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Tunang Munafik
Malah, Shuhada juga tidak mahu mengulas lanjut dan meminta agar diberikan ruang. Dia juga berharap agar orang ramai mendoakan dirinya dan anak-anak reda dengan apa yang berlaku.
Difahamkan, Shuhada bakal memfailkan pengesahan lafaz cerai itu pada 1 Mac ini. Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.