Johan ‘Jojo’ Ghazali merupakan petinju muda muay thai disegani kawan dan lawan.

Pada 6 September ini, Johan akan masuk semula ke gelanggang ONE 168: Denver bertarung dengan petinju dari Mexico, Josue ‘Tuzo’ Cruz.

Semasa temu ramah untuk perlawanan akan datang, Johan tampak segak menggayakan sepasang baju melayu lengkap daripada jenama tempatan terkenal, Bulan Bintang.

Menerusi hantaran Instagram Johan, ramai yang memuji kerana membawa pakaian tradisional Malaysia ke pentas antarabangsa.

Dalam masa sama netizen mengucapkan semoga Johan berjaya meraih kemenangan ke atas lawannya.

Sumber Gambar: IG @johanghazali_
Sumber Gambar: IG @johanghazali_
Sumber Gambar: IG @johanghazali_

Untuk rekod, sejak Johan sertai ONE Championship, beliau tidak pernah tewas dalam lima pertarungan.

Sehinggalah beliau bertemu Nguyen Tran Duy Trat, seorang petinju berpengalaman dari Vietnam. Johan tewas selepas tiga pusingan dalam satu pertarungan yang berlangsung pada awal Jun lalu.