Juri memutuskan untuk memihak kepada Johnny Depp dalam tuntutan mahkamah terhadap bekas isteri Amber Heard, di mana peguam Depp membuktikan bahawa Heard melakukan fitnah apabila mendakwa bahawa dia didera sebelum dan semasa perkahwinan mereka, lapor BBC.
Dalam masa yang sama, pihak juri juga memihak kepada Heard, yang mendakwa bahawa dia telah difitnah oleh peguam Depp yang mendakwa dia menipu dalam kes penderaan.
Para juri mendapati Depp harus diberi ganti rugi $15 juta, manakala Heard harus menerima $2 juta.
Keputusan ini bakal memberi kelegaan kepada pihak Depp yang hadir dengan misi untuk memulihkan reputasinya.
Johnny Depp has won his defamation case against ex-wife Amber Heard, who he sued over claims of domestic abusehttps://t.co/CVttyeVT3o
— BBC Breaking News (@BBCBreaking) June 1, 2022
Peminat — kebanyakannya memihak kepada Depp — berbaris semalaman untuk merebut tempat duduk di ruang mahkamah. Penonton yang tidak dapat masuk berbaris di jalan untuk menyokong Depp dan mengejek Heard setiap kali beliau muncul di luar.
Sebelum ini, Depp menyaman Heard atas tuduhan fitnah di Mahkamah Daerah Fairfax berhubung satu laporan yang disiarkan pada Disember 2018 oleh The Washington Post. Tulisan itu menggambarkan diri Heard sebagai “tokoh awam yang mewakili penderaan domestik.” Peguam Depp berkata bahawa anak guamnya telah difitnah dengan laporan itu walaupun tidak disebutkan namanya.
‘Populariti adalah satu ketagihan’ – Komen Elon Musk mengenai kes Johnny Depp dan Amber Heard. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
‘Populariti Adalah Satu Ketagihan’ – Komen Elon Musk Mengenai Kes Johnny Depp Dan Amber Heard
Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard
Johnny Depp Enggan Berlakon Pirates Of The Caribbean Lagi Walaupun Ditawarkan RM1.2 Bilion