Jose Mourinho seperti diketahui merupakan seorang pengurus berprofil tinggi yang sudah mengecapi pelbagai kejuaraan sepanjang membimbing pasukan sejak tahun 2000.

Beliau pernah membimbing kelab-kelab gergasi seperti Real Madrid, Chelsea, Manchester United, Inter Milan, Tottenham Hotspur, AS Roma, Porto dan Benfica.

Baca Juga:

Selain ketika bersama Tottenham dan Benfica, hampir kesemua trofi utama dalam kancah bola sepak Eropah pernah dimenanginya seperti dua trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Liga Europa, Liga Perdana Inggeris, Serie A, La Liga dan banyak lagi.

Di sebalik segala kejayaan manis pernah dinikmatinya, sebagai seorang manusia pastinya Mourinho tidak lari daripada kesilapan dan ada keputusan yang dibuat dalam kariernya membuatkan beliau menyesal.

“Ia perkara biasa [menceritakan tentang kekesalannya], Portugal. Saya mempunyai dua peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut, tetapi ia datang tidak kena pada masanya buat saya.”

“Saya begitu beremosi apabila menolak tawaran terakhir kerana saya memilih untuk terus kekal bersama Roma dan saya merasakan saya telah melakukan kesilapan besar.”

“Kerana sekarang Portugal mempunyai pasukan yang hebat, salah satu antara pasukan terbaik dalam senarai lima pasukan teratas.”

“Saya mengetahuinya tetapi pada ketika itu saya merasakan mempunyai hubungan yang hebat dengan Roma, dengan para penyokongnya, jadi saya tidak mahu membuat keputusan itu [sertai Portugal].”

“Jawatan di Portugal sudah datang dua kali tetapi saya merasakan sekiranya ia datang lagi buat kali ketiga,saya akan menerimanya. Diharapkan generasi pada ketika itu kuat seperti skuad kali ini,” ujar Jose Mourinho menurut sumber laporan Sport Bible.

 

 

Sumber