Semalam, tular sebuah gambar yang memperlihatkan seorang remaja yang bergelar juara dunia MSC Mobile Legends pada usia 19 tahun membeli kereta baru yang dipercayai untuk dirinya.

Pemain bernama Haziq Danish Bin Mohamad Rizwan atau dikenali sebagai Stormie didapati telah membeli sebuah kereta Mazda 3 hatchback dan mengambil gambar di samping ibunya di sebelah kereta tersebut.

Baca Juga:

Juara Dunia MSC Mobile Legends Dikecam Selepas Tular Gambar Beli Kereta Baru
Sumber Gambar: TikTok

Namun, perkongsian gambar Stormie bersama kereta barunya mendapat kecaman teruk oleh netizen menerusi beberapa platform media sosial. Ramai menuduh dia memasuki pasukan Red Selangor Giant dengan menggunakan kabel(datang dari keluarga berpengaruh di Malaysia) dan kini meraih wang mudah menerusi beberapa siri kemenangan pertandingan yang disertai.

Namun, kenyataan itu sama sekali tidak tepat kerana Stormie sememangnya berbakat dan berjaya mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang menyertai pertandingan di peringkat dunia.

Dalam pada itu, pengurus SRG terpaksa masuk campur dan mempertahankan anak buahnya yang diserang netizen baru-baru ini.

“ Salam semua, tolong jangan pertikaikan latar belakang Stormie. Dia berusaha dengan gigih untuk menjadi pemain pro. Dia menjadi pemain pro bukan kerana kabel. Mekanik dan mikro dia memang bertaraf tinggi dan dia adalah midlaner bertaraf dunia,” katanya.

Boss Simon menegaskan Stormie telah membeli kereta tersebut dengan titik peluhnya dan tidak mengharapkan duit atau bantuan daripada keluarga. Meskipun keluarganya mampu beri kereta yang lebih mewah, Stormie masih memilih beli kereta dalam linkungan kemampuannya.

Susulan itu, Bos Simon meminta orang ramai untuk merasa bangga dengan pencapaian Stormie dan berharap bakal menjadi motivasi buat yang lain untuk turut berjaya.

Juara Dunia MSC Mobile Legends Dikecam Selepas Tular Gambar Beli Kereta Baru
Sumber Gambar: TikTok

Untuk makluman, komen-komen dan hantaran negatif berkaitan isu tersebut kebanyakkan sudah dipadam setakat pemerhatian kami pada hari ini.

Menjengah ke ruangan komentar di dalam satu perkongsian, rata-rata netizen terkejut dengan perangai segelintir individu yang iri hati dengan remaja yang mampu membeli kereta dengan hasil titik peluhnya yang memenangi pelbagai kejuaraan pertandingan peringkat dunia.

Juara Dunia MSC Mobile Legends Dikecam Selepas Tular Gambar Beli Kereta Baru
Sumber Gambar: TikTok
Juara Dunia MSC Mobile Legends Dikecam Selepas Tular Gambar Beli Kereta Baru
Sumber Gambar: TikTok

Dalam masa sama, ramai netizen minta untuk tidak memainkan sentimen latar belakang keluarga Stormie yang berpengaruh dalam melakar kejayaan bersama pasukan MLBB terbaik dunia iaitu SRG.

Sumber