Kelab bimbingan Kim Pan-gon, Ulsan HD bergelut dalam saingan AFC Champions League (ACL) Elite dimana mereka masih gagal untuk mencatat kemenangan dalam lima perlawanan yang dihadapi.
Baru-baru ini, Ulsan tewas kepada kelab China, Shanghai Port dengan keputusan 3-1 yang turut menyaksikan mereka tewas buat kali kelima dalam saingan peringkat kumpulan.

Baca Juga:
- ACLE: Info Siaran Langsung JDT vs Ulsan HD (Live Streaming)
- Kim Pan-gon Tersenarai Bagi Anugerah Jurulatih Terbaik K-League
- Shin Tae-yong Bakal Ikut Jejak Langkah Kim Pan-gon?
Prestasi ini nyata mengejutkan dimana Ulsan merupakan juara saingan Liga Korea musim ini dan mereka turut melangkah ke perlawanan akhir Piala FA Korea.
After 5 games, the double winners of 🇰🇷 South Korea, Ulsan HD is still on 0 points. They must win all their remaining 3 games to qualify to the knockout stage, or else they are out #ACLElite https://t.co/KK6URgVY6N
— Footy Rankings (@FootyRankings) November 26, 2024
Kelab bimbingan Pan-gon itu berada dalam situasi bahaya dimana mereka wajib menang dalam tiga perlawanan terakhir peringkat kumpulan A sekiranya mahu layak ke pusingan seterusnya.
Sekiranya gagal berbuat demikian, maka Ulsan terpaksa menerima hakikat pahit yang mana tersingkir dari saingan musim ini.
Meskipun menampilkan prestasi buruk dalam saingan ACL, berbeza dengan Pan-gon yang mana beliau tersenarai bagi anugerah jurulatih terbaik Liga Korea musim ini.
Muncul sebagai juara liga dan mara ke perlawanan akhir Piala FA membolehkan Pan-gon tersenarai bersama dua jurulatih lain iaitu dari Gangwon FC, Yoon Jung-hwan dan pengendali Gimcheon Sangmu, Chung Jung-yong.
Di bawah bimbingan Kim Pan-gon, Ulsan HD hanya tewas dalam tiga perlawanan sepanjang musim sekaligus membolehkan mereka muncul sebagai juara untuk tiga musim berturut-turut.
Sebelum ini, Pan-gon pernah meraih Jurulatih Terbaik Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA) pada 2010. Kejayaan itu diraih selepas membantu South China muncul juara Hong Kong First Division musim 2009/10.
Ulsan bukan satu nama asing bagi Pan-gon dimana beliau pernah beraksi sebagai pemain pada tahun 1992 hingga 1996 sebelum berhijrah ke Hong Kong menyertai Rangers pada 2004.
Selain bersama Ulsan, pengendali berusia 55 tahun itu juga memiliki pengalaman melatih dua kelab Korea, Busan I’Park dan Gyeongnam FC dan kemudian mendapat tawaran menjadi pengurus South China AA (Hong Kong), skuad B-23 Hong Kong dan skuad kebangsaan Hong Kong.