Walaupun hanya menghantar 7 orang atlet namun ia bukan penghalang Pakistan untuk lakar kejutan apabila berjaya raih pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi acara rejam lembing lelaki.
Acara yang dimenangi oleh Arshad Nadeem telah memecahkan rekod olimpik yang dipegang oleh atlet Norway, Andreas Thorkildsen.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Dengan jarak 92.97 meter, Nadeem telah menewaskan pencabar terdekat dari India, Neeraj Chopra yang raih pingat perak dengan jarak 89.45 meter.
Men's javelin throw final was BIG 🔥
🥇 92.97m OR Arshad Nadeem 🇵🇰
🥈 89.45m @Neeraj_chopra1 🇮🇳
🥉 88.54m Anderson Peters 🇬🇩 #Paris2024 #Olympics pic.twitter.com/jPrVZZ6txl— World Athletics (@WorldAthletics) August 8, 2024
Lebih menarik, ini adalah pingat pertama Pakistan sejak Sukan Olimpik Barcelona 1992 dan pingat emas pertama Pakistan sejak tahun 1984.
Nadeem juga telah mencipta sejarah sebagai atlet pertama Pakistan yang berjaya raih pingat emas Olimpik dan juga atlet pertama yang berada di podium sejak Hussain Shah pada tahun 1988. Beliau satu-satunya atlet Pakistan yang bertanding di final acara trek dan padang.
Top 2 all time Olympics records now held by Arshad Nadeem 🥇 pic.twitter.com/WO4qgbjSFf
— Momin Sheikh (@MominISheikh) August 9, 2024
Ketika Sukan Olimpik Tokyo 2020, Nadeem menduduki tempat kelima manakala Chopra memenangi pingat emas. Namun kali ini, Nadeem mencatatkan kedua terbaik dan kedua terbaik keseluruhan pertandingan pada lontaran keenam dan terakhirnya, mencecah 91.79 meter.
Atlet Norway, Andreas Thorkildsen mencipta rekod Olimpik sebelumnya iaitu 90.57 meter semasa Sukan Olimpik 2008 di Beijing.
Ada kisah menarik disebalik kejayaan tersebut. Nadeem hadir ke Paris dengan menggunakan dana sendiri hasil sumbangan daripada orang kampungnya.
Beliau tidak mampu beli peralatan lembing, tiada fasiliti latihan dan juga tidak mendapat tajaan daripada kerajaan sekaligus membuatkan Nadeem tekad ubah hidup dengan meraih pingat emas Olimpik.
important to remember that Arshad Nadeem achieved all of this in spite of the Pakistani state, not due to them
no one knew his name before he started winning, he had no training facilities, his village had to pool money to go to events
This win is his own, not of beuracrats https://t.co/TYnjrW9HGl pic.twitter.com/t2PsNE8ZmI
— safi (@notes4saf) August 8, 2024
Just to put this win into context: Arshad Nadeem didn't even have enough money to buy a new javelin. He didn't have proper coaching or a training facility. His village banded together to raise money to send him to the Olympics.
Arshad’s win is cinematic. https://t.co/S0ZLAxtq7j
— Fatima Syed / @fatimabsyed.bsky.social (@fatimabsyed) August 8, 2024
Pakistan mula menyertai Sukan Olimpik pada Sukan London 1948. Pasukan hoki Pakistan memenangi perak dalam hoki padang lelaki pada Sukan Olimpik Melbourne 1956 untuk memperoleh pingat pertamanya.
Pasukan hoki padang turut memenangi anugerah emas dalam Sukan Olimpik Los Angeles 1984, pingat emas terakhirnya sebelum Nadeem. Pasukan hoki padang juga memenangi gangsa pada 1992 di Barcelona, ​​pingat terakhirnya.