Skuad Harimau Malaya menamatkan kemarau kejuaraan selama 11 tahun apabila kembali menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan Lubnan 1-0 semalam.
Kejayaan tersebut cukup bermakna kerana ia turut memberi pulangan dari segi mata ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana diiktiraf sebagai perlawanan persahabatan Tier 1.
Baca Juga:
- Kapten Burnley FC, Joshua Brownhill Dalam Radar FAM Wakili Harimau Malaya
- Russia Intai Peluang Lawan Harimau Malaya Oktober Depan
- Perdana Menteri Umum Peruntukan RM15 Juta Untuk Harimau Malaya
FT Malaysia 🇲🇾1⃣➖0⃣🇱🇧 Lubnan
25 winless streak ke atas pasukan Arab sejak 2014 tamat.
Skuad senior Malaysia kembali menjuarai Pestabola Merdeka selepas 31 tahun, kali terakhir pada 1993.
5.68 mata ranking FIFA berjaya dikutip.#HarimauMalaya #رجال_الأرز #PestabolaMerdeka2024
— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) September 8, 2024
Hasil kemenangan ke atas Lubnan yang berada di ranking 116 dunia itu menyaksikan skuad kebangsaan meraih tambahan +5.68 mata sekaligus mengumpulkan sebanyak 1117.68 mata.
Sebelum itu, skuad kendalian Pau Marti tersebut turut melakar kemenangan ke atas Filipina 2-1 dan mengutip +4.48 mata.
Pungutan mata tersebut turut membantu Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga ke kedudukan 131 dunia mengatasi Indonesia yang ketika ini mengutip jumlah mata sebanyak 1115.61 selepas mengikat Arab Saudi 1-1.
[FIFA Rankings update]
2026 FIFA World Cup qualification
🇸🇦 Saudi Arabia 1-1 🇮🇩 IndonesiaPoints after match
🇸🇦 1424.42 (- 6.88)
🇮🇩 1115.61 (+ 6.88)Rankings after match
🇸🇦 56
🇮🇩 131 (🔼 3)#FIFARankings #WCQ #AsianQualifiers— Footy Rankings (@FootyRankings) September 5, 2024
Bagaimanapun, kedudukan ini hanya buat sementara waktu kerana ia bergantung kepada keputusan pasukan lain yang beraksi dalam aksi persahabatan dan juga saingan Kelayakan Piala Dunia 2026.
Perlu diingat mata ranking yang ditawarkan dalam saingan Kelayakan Piala Dunia lebih tinggi daripada aksi persahabatan antarabangsa tier 1.
Selepas ini, skuad Harimau Malaya akan menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang New Zealand pada 14 Oktober dan satu lagi pasukan akan diumumkan kemudian.
Kemudian, mereka akan membuat persiapan menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric 2024 yang bakal bermula pada bulan Disember ini. Kejohanan ini turut menawarkan pulangan mata ranking FIFA.