Juara Serie A tujuh kali berturut-turut, Juventus baru-baru ini berjaya mengikat kontrak terbaru bersama adidas hasil kerjasama yang dibuat dengan nilai $465 juta (RM1.95 bilion).
Menurut laporan kontrak Juventus sebelum ini sudahpun berlanjutan sehingga Jun 2021 namun disebabkan prestasi semasa serta kehadiran Cristiano Ronaldo sekaligus membuatkan adidas bersetuju untuk melanjutkan kontrak bersama Juventus sehinga Jun 2027.
Selain itu, Juventus turut menerima bonus bernilai $17 juta (RM71.3 juta) berdasarkan prestasi hebat yang ditunjukkan sepanjang tahun lalu. Berdasarkan jumlah pendapatan yang diterima serta skuad yang dimiliki Juventus ketika ini, tidak mustahil Juventus bakal mendominasi liga Itali tahun-tahun akan datang serta dalam usaha mensasarkan kejuaraan UEFA Champions League.
#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.