Perbalahan antara pengguna Android dan iPhone di internet boleh dilihat dalam pelbagai aspek. Malah, ramai pihak berminat untuk mengetahui lanjut tabiat kedua-dua pengguna jenama tersebut di dalam rutin seharian.
Terbaharu, American Trucks telah menerbitkan laporan berkenaan kajian perbandingan tabiat memandu kenderaan antara pengguna telefon pintar Android dan iPhone.
Baca Juga:
- Kajian Menunjukkan Pengguna iPhone Lebih Kerap ‘Cuai’ Apabila Model Terbaru Diumumkan
- Lebih Ramai Pengguna Setia Kepada Android Berbanding iOS
Menerusinya, enam tabiat utama pemanduan yang dibangkitkan dalam kajian itu termasuk Kelajuan, Muzik, Menaip, Langgar Tanda Berhenti, Tidak Beri Lampu Isyarat Membelok dan Tidak Pakai Tali Pinggang Keledar.
Hasil daripada kaji selidik itu didapati terdapat sedikit perbezaan antara gelagat pemanduan pengguna Android dan iPhone. Pertamanya, pengguna Android didapati sebanyak 73% memandu laju berbanding pengguna iPhone iaitu sekitar 71%.
Di samping itu, pengguna Android juga didapati lebih kerap melanggar tanda isyarat berhenti berbanding pengguna iPhone. Malah, 55% pemandu yang menggunakan telefon pintar Android tidak memakai tali pinggang keledar berbanding pengguna iPhone sekitar 50%.
Bagaimanapun, pengguna iPhone didapati lebih ramai yang suka menaip ketika memandu berbanding Android dan berkongsi peratusan tabiat yang sama tidak memberikan lampu isyarat ketika membelok.
Bukan itu sahaja, pengguna iPhone didapati lebih berpotensi mengalami ‘road rage’ berbanding pengguna Android. Sebanyak 54% pengguna iPhone akui mengalami masalah road rage hanya kerana tidak sabar dengan pengguna jalan lain. Kajian ini turut membuktikan pengguna iPhone telah mengalami hampir 20% lebih banyak kemalangan daripada Android.
Laporan itu adalah hasil kaji selidik ke atas 1,000 rakyat Amerika Syarikat yang mana merangkumi 500 pengguna Android dan baki 500 pengguna iPhone untuk mengetahui tabiat memandu mereka.
Secara keseluruhannya, kajian itu menyimpulkan bahawa pengguna iPhone lebih cenderung untuk memandu sedikit lebih berhati-hati dan mereka juga lebih sedar tentang peraturan lalu lintas dan maksud papan tanda jalan.