Rakyat Israel melancarkan kempen boikot Kaka Azraff kerana pendiriannya menyokong Palestin dituduh sebagai menyokong keganasan.
Dalam laman peminat Jew Hate Database, mereka berkongsi tentang status Kaka Azraff sebagai penyanyi Pop Malaysia yang bernaung di bawah syarikat Warner Music.
Mereka mulai mengecam Kaka Azraff selepas salah seorang influencer pro Israel mereka koyak kerana komen Kaka Azraff dan menuduh wanita itu telah mengguris hati lelakinya dengan komen kebencian.
Dalam status mereka Jew Hate Database menulis: “Kenali Kaka Azraff, penyanyi pop Malaysia yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia.”
“Pada masa lapang, dia meluangkan masa untuk memaki hamun pempengaruh media sosial, secara spesifiknya, Nate.”
Banyak lagi kecaman yang dia buat dan kami di Vocket tidak boleh menyiarkannya di sini kerana ada beberapa perkataan diharamkan oleh Facebook dan media sosial lain terutama berkaitan dengan H****.
Anda klik pautan ini untuk terus ke post itu pada gambar ini:
Mereka juga mendedahkan beberapa jenama yang bekerjasama dengan Kaka Azraff termasuk Fendi, Dior, Yves St Laurent dan banyak lagi.
Laman tersrbut turut memberitahu pengikutnya bahawa Kaka Azraff pernah terpampang di Time Square di AS dalam promosi dibuat Spotify.
Banyak komen mengecam Kaka Azraff namun ramai juga mulai datang mempertahankan Kaka Azraff. Admin page tersebut terus kecut dan menutup komen.
Seorang netizen Malaysia berkata: “Laju mereka buat kerja terus tutup komen”
Laju depa buat kerja, dah tutup komen.
— Hoho 𝕏 (@hofizachoson) December 1, 2023