Apple baru sahaja menawarkan kemas kini iOS 17.5 buat para pengguna iPhone di luar sana. Walaupun ini dikira sebagai satu langkah berkala yang biasa dilakukan, kini timbul pula isu besar yang tidak disangka-sangka.
Beberapa pengguna iPhone kini mendapati yang mana kemas kini iOS 17.5 terbaru untuk iPhone, membawa kembali gambar-gambar lama yang telah dipadam dan dalam beberapa kes, gambar yang telah lama dipadam dipetik dari Astro Awani.
Difahamkan perkara ini diluahkan oleh menerusi Reddit yang mana beberapa pengguna dilihat terkejut untuk melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud dan dipaparkan pada koleksi gambar mereka.
Secara dasarnya, aplikasi Photos sedia menyimpan gambar yang dipadam selama 30 hari sebelum ia dipadam sepenuhnya. Namun, dalam kes yang dilaporkan sejumlah pengguna ini, ia melibatkan gambar-gambar yang bertahun lamanya yang hadir kembali ke akaun pengguna masing-masing.
Tidak hanya berlaku di luar negara, ada pengguna tempatan turut berkongsi mereka juga mengalami isu yang sama. Mereka turut berkongsi bukti beberapa tangkap layar yang memperlihatkan sejumlah gambar lama yang muncul semula selepas dikemas kini dengan iOS 17.5.
telah kemas kini dan yaa. Saya kena.
Bukan itu je, tiba2 ada gambar yang takde data pun dalam phone ni. Banyak pulak tu haha pic.twitter.com/DQgDMGXviD
— Zaid (@P3aceMaster_Za8) May 16, 2024
Betui, dia campur sekali gambar lama yg kita tak delete 🙂↕️ pic.twitter.com/Q5IVsDqi20
— 𝑦𝑖𝑚𝑠 🇵🇸🇲🇾 (@rhmyahyaa) May 16, 2024
Dalam pada itu, ramai juga meluahkan kerisauan tentang iPhone terpakai yang sudah berpindah milik pada pemilik baharu berpotensi mendapat akses gambar-gambar yang sudah dipadam.
Susulan itu, sebahagian pengguna memilih untuk tidak mengemas kini sistem operasi sebelum isu tersebut diselesaikan. Apple pula tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun kemas kini pepijat dalam mengatasi isu tersebut setakat ini.