Pada awal minggu ini tular video seorang wanita merosakkan kereta Honda City yang didakwa mempunyai tunggakkan bank.
Ramai mengecam wanita tersebut, namun disebalik tindakannya ada cerita sebenar yang berlaku — wanita itu cumalah mangsa ‘sambung bayar’ sahaja.

Baca Juga:
- Bengang Kereta 8 Bulan Tak Bayar Nak Kena Tarik, Wanita Ini Ambil Batu Bata Dan Pecahkannya
- Lelaki Singapura Menangis, Peluk Honda Civic Sebelum Kereta Kena ‘Scrap’
- Pembeli Kereta Sambung Bayar Kecewa, Saga FLX Lenyap Dibawa Lari ‘Owner’
Difahamkan dia berbuat sedemikian selepas mendapati pemilik asal kereta Honda tersebut tidak membayar loan kepada bank selama 8 bulan walaupun wanita tersebut tidak pernah terlepas bayar bulanan kepada pemilik asal.
@perabotcafemurah Kesian Honda ni 🥲🥲🥲 #honda #hondacity #hondamalaysia #hondaviral #viral
Menerusi hantaran TikTok @perabotcafemurah, Honda City itu mengalami kerosakan teruk; bampar depan dan belakang tercabut, kesemua cermin retak dan pecah, sementara bahagian dalam kereta penuh dengan serpihan kaca.
Bahagian badan kereta ada kesan kemek dan kedua-dua cermin sisi terkulai dipatahkan.
Sementara itu, portal PanduLaju menegaskan kereta ‘sambung bayar’ mempunyai pelbagai risiko yang tidak boleh dielakkan.
“Ada cakap, surat perjanjian sudah buat, apa nak takut? Tapi tahukah anda, sebarang perjanjian jual beli tanpa pengetahuan bank adalah tidak sah di mahkamah.
“Jadi pemilik asal kekal bertanggungjawab ke atas ansuran bank dan saman trafik ke atas kereta tersebut,” katanya.