Legenda Manchester United, Roy Keane berharap agar pengurusan tertinggi The Red Devils dapat memberikan peluang buat Erik ten Hag untuk membuktikan kemampuannya dalam membimbing pasukan.

Musim kedua mengemudi kelab tersebut, ten Hag dilihat masih bergelut untuk meyakinkan banyak pihak terutamanya para penyokong setia mereka.

Baca Juga:

Hal ini kerana Manchester United berdepan musim mendukacitakan apabila sekadar berada di tangga kelapan dengan saingan hanya berbaki dua perlawanan sahaja lagi.

Selepas mengharungi 36 perlawanan, Manchester mengumpul 54 mata hasil 16 kemenangan, enam keputusan seri dan 14 kekalahan dan lebih pedih mereka berada satu anak tangga di bawah Chelsea yang terumbang-ambing sehingga pertengahan musim.

Sehubungan dengan itu, ten Hag kini kelihatan berada dalam tekanan untuk mengekalkan kedudukannya.

Malah, terdapat sumber mengatakan Thomas Tuchel dan Gareth Southgate turut berada dalam radar pasukan, tetapi Keane berpendapat pengendali kelahiran Belanda itu perlu diberikan peluang.

“Saya harap dia diberi lebih banyak masa dan mereka dappat sampai ke musim panas, mereka boleh berkumpul semula dan menyusun semula kelab, atau apa sahaja yang mungkin berlaku.”

“Ada masalah besar di kelab. Tetapi saya harap dia diberi peluang untuk membetulkan keadaan. Kerana tahun lepas ada beberapa perkara positif, kita harus jujur dengan perkara itu.”

“Dan mereka mempunyai perlawanan akhir Piala FA yang akan datang dan jika mereka berjaya untuk menewaskan Man City, ia akan menjadi sangat, sangat sukar, tetapi ada cabaran besar yang dia hadapi, dan dia berada di bawah tekanan yang besar,” ujar Keane menurut sumber laporan Goal.

Sumber