Pastinya anda akan merancang percutian sebaik-baiknya dari segi pengangkutan, destinasi dan juga tempat penginapan agar tidak perlu kelam kabut serta dapat rancang budget yang diperlukan. Malah, membuat tempahan awal untuk penginapan akan memberikan anda ‘deals’ terbaik.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @zufulaifaikhafha telah berkongsi sebuah video menunjukkan rasa tidak puas hatinya apabila penginapannya yang telah ditempah lebih awal di Johor telah diberikan kepada orang lain oleh pihak pihak penginapan pada saat akhir.
Baca Juga:
- Dakwa Terima Layanan Buruk Pemilik Pusat Penginapan, Polis Telah Buka Kertas Siasatan
- Bayar RM700 Tetapi Rumah Kotor, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Penginapan Airbnb Dari ‘Neraka’
- 11 ‘Trick’ Cari Penginapan Pada Harga Lebih Murah Di AirBnB Sebelum Anda Travel
https://www.tiktok.com/@zufulaifaikhafha/video/7143878538742074650?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594
https://www.tiktok.com/@zufulaifaikhafha/video/7144035267119189274?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594
Menerusi video tersebut, wanita terbabit bersama ahli keluarganya telah tiba ke tempat penginapan dan tergamam apabila 6 bilik yang ditempahnya telah dibatalkan oleh pihak penginapan tanpa memaklumkan lebih awal.
Lantaran itu, wanita itu telah membuat laporan polis diatas kerugian yang telah dialaminya dan mahu menyaman pihak penginapan terbabit. Difahamkan, pihak polis menyarankan agar wanita itu tidak menerima ‘refund’ yang mahu diberikan oleh pemilik penginapan tersebut kerana tindakan itu akan menunjukkan wanita itu bersetuju dengan pembatalan penginapan itu.
https://www.tiktok.com/@zufulaifaikhafha/video/7144530230814706970?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594
Simpati dengan situasi yang diterima wanita ini sekeluarga, netizen bertindak untuk meninggalkan ‘rating’ dan ‘review’ di Google Review berkaitan penginapan tersebut sehingga rating turun menjadi 1.0 sahaja.
Akan tetapi, pihak pengurusan penginapan terbabit gigih untuk memadamkan komen-komen negatif yang telah ditinggalkan oleh netizen untuk menaikan semula rating mereka.