Exco Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria menyatakan Kerajaan Kedah bercadang mewajibkan penggunaan tulisan jawi di kesemua papan tanda dan iklan di negeri ini.

Cadangan itu termasuk mewajibkan tulisan dan bahasa lain pada papan tanda dan iklan, petik Sinar Harian.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kita bercadang mewajibkan penggunaan tulisan rumi sebagai tulisan pertama, jawi tulisan kedua dan bahasa lain sebagai tulisan ketiga,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.

Menurutnya lagi, Kerajaan Kedah turut melarang penggunaan gambar wanita seksi pada papan iklan negeri berkenaan.

“Ikut cadangan tu, termasuk larangan penggunaan gambar wanita seksi, bahan larangan, berbaur hasutan, perkauman dan senjata berbahaya.

“Selepas bilboard, ia akan diteruskan ke papan iklan premis-premis di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya lagi.

Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam penguatkuasaan penggunaan tulisan jawi pada papan iklan.

Cadangan Kerajaan Kedah untuk mewajibkan penggunaan tulisan jawi itu telah mendapat sambutan baik daripada warganet.

Ramai mahu penggunaan tulisan jawi diperluaskan supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Ini kerana tulisan jawi sangat sinonim dengan kebudayaan bangsa Melayu beragama Islam.

Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British.

Selain Kedah, beberapa negeri lain yang telah mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan iklan sebelum ini adalah Kelantan dan Perlis.

Sumber