Bayangkan niat nak bayar RM26.60 untuk nasi lemak kegemaran anda, tapi tersilap transfer RM2,660 pula.

Itulah yang berlaku di sebuah kedai nasi lemak di Petaling Jaya yang kini tular kerana insiden tersilap bayar QR code.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Dalam satu hantaran yang tular di media sosial, kedai nasi lemak tersebut berkongsi tangkap layar CCTV yang menunjukkan seorang pelanggan di kaunter dengan catatan yang cukup mencuit hati, “Adakah ini anda? Anda telah tersilap QR kami RM2,660 untuk bil RM26.60 anda.”

Pihak kedai memohon agar pelanggan tersebut dapat menghubungi mereka supaya boleh memulangkan baki wang tersebut.

“Kami bukan Omakase,” tulis kedai itu dengan nada berseloroh, merujuk kepada pengalaman makanan mewah yang sering dikaitkan dengan harga yang mahal.

Catatan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata terhibur dengan kejadian ini.

Ada yang berseloroh bahawa pelanggan tersebut mungkin terlalu kaya atau terlalu lapar sehingga tidak sedar jumlah yang dibayar.

Ada juga yang memuji kedai tersebut yang segera memaklumkan kesilapan ini dan berniat memulangkan wang lebihan itu.