Berita Tesla Model Y ditawarkan secara rasmi di Malaysia bukan sahaja menjadi bualan orang ramai, bahkan penjual kereta recond di seluruh negara.
Oleh kerana harga dijual serendah RM199,000, didapati beberapa kedai recond sudah mula memotong harga jualan model-model Tesla yang mereka anda.
Baca Juga:
- Tesla Model Y Ditawarkan Rasmi Di Malaysia, Hadir Dengan Tiga Varian Bermula RM199,000
- PM Umum Tesla Bakal Buka Ibu Pejabat Di Selangor Pada Tahun Ini
Pasti ramai menyangka tiada orang yang mahu membeli kereta elektrik tersebut di kedai recond , bagaimanapun pandangan itu meleset.
Menurut Facebook Nadzri Sazali, beliau ada menghubungi beberapa kedai recond dan dimaklumkan Tesla Model 3 sudah habis ditempah pelanggan.
Daripada tangkap layar yang dikongsikannya ada menunjukkan harga terbaharu Tesla Model 3.
Jika sebelum ini sebuah Model 3 bernilai sekitar RM232,000 sehingga RM280,000 (bergantung pada varian). Namun kini rata-rata harganya boleh didapatkan pada RM149,000 sahaja.
Sementara itu, dalam satu hantaran Facebook orang ramai melontarkan pendapat peribadi mengenai kedai-kedai recond mula memotong harga stok kereta Tesla yang mereka ada.
Ada seorang individu memberikan penjelasan situasi sebenar yang dihadapi oleh kedai-kedai recond pada ketika ini. Menurutnya kedai recond cuma memotong harga untuk mendapatkan semula ‘modal’ daripada kerugian yang mereka lalui sebelum berpindah ke jenama lain.
“Sesetengah orang berpendapat kami mengurangkan harga dan masih mendapat keuntungan. Sebenarnya kami menderita kerugian dan cuba mengambil semula apa yang kami mampu untuk berpindah ke jenama lain. Kedai recond adalah pengimport kecil-kecilan bukan Pengilang Giga (berskala besar) seperti Tesla,” nyata individu tersebut.
Tambah netizen yang lain pula, kemasukkan Tesla secara rasmi di Malaysia adalah disebabkan pengguna awal model EV tersebut dan kedai recond yang sangat berani mencuba ketika pasaran EV masih lagi baharu di negara ini pada satu ketika dahulu.
“Tanpa mereka, mungkin ia menjadi satu perjalanan yang panjang buat Tesla mahu memilih Malaysia untuk beroperasi secara rasmi,” kata individu yang lain.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.