Kejadian yang melibatkan dua pemain skuad kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim berpotensi untuk melenyapkan generasi seterusnya dalam arena bola sepak tanah air.
Kejadian samun yang dialami Akhyar dan simbah asid yang dialami Faisal nyata mencetuskan kerisauan dalam kalangan peminat bola sepak negara khususnya peminat yang bergelar ibu bapa.

Baca Juga:
- Faisal Halim Dilaporkan Berisiko Bersara Awal
- TERKINI: Seorang Lagi Suspek Kes Simbah Asid Faisal Halim Ditahan
- Kes Simbah Asid Faisal Halim: Kereta Orang Awam Turut Alami Kerosakan
Menerusi tinjauan di laman media sosial, ada ibu bapa yang sedang berkira-kira untuk meminta anak mereka terlibat atau bermain bola sepak kerana risau akan keselamatan mereka.
Insiden buruk yg menimpa pemain² kebangsaan sedikit sebanyak akan membunuh impian anak² kecil yg ingin menjadi pemain bola sepak.
Pasti akan ada ibubapa yg tak mahu anak² mereka terlibat dengan bola. Aku sebagai bapa kian luntur harapan aku terhadap masa depan bola sepak negara
— Cikgu 🍉 (@Aweeff) May 7, 2024
Menurut mereka, tiada gunanya untuk bergelar sebagai pemain bola sepak sekiranya keselamatan mereka tidak terjamin dan bila-bila masa sahaja mereka boleh menjadi mangsa kepada kejadian yang sama.
Dalam perkembangan lain, keadaan Faisal Halim kini ditahap yang amat membimbangkan apabila dilaporkan berisiko bersara awal daripada sukan bola sepak menurut laporan media tempatan.
Pada peringkat awal, Faisal melecur tahap dua tetapi keadaan bertambah parah apabila pegawai perubatan mengesahkan ia kini sudah mencapai tahap empat.
Ada juga laporan media mengatakan pembedahan awal mengalami komplikasi yang memerlukan pembedahan tambahan untuk menstabilkan keadaannya.
Akibat kerosakan pada saraf, ada kemungkinan beliau tidak dapat merasai apa-apa lagi pada bahagian lengannya sekaligus mengganggu keseimbangan badannya.
Ini sudah pasti menyebabkan beliau tidak mampu lagi bermain bola sepak pada tahap profesional dan terpaksa bersara serta merta.
“Apa yang saya boleh kata (keadaan Faisal), pergerakan dan percakapan beliau terbatas kerana kesannya ada di bahagian muka (iaitu) pipi, hidung dan mulut ada sikit.
“Di bahagian badan dan tangan belah kiri agak teruk, itu yang jejaskan pergerakan beliau,”jelas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.