Kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) sering digambarkan dengan imej yang kotor kerana didakwa sifat penduduk sendiri yang tidak bersivik dan enggan mengambil kisah kebersihan setempat.

Namun, tidak semua individu yang tinggal di PPR bersikap sebegitu rupa apabila tular beberapa gambar transformasi kawasan perumahan PPR yang serba cantik dan nyaman menerusi akaun TikTok @HanakimieOfficial.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Difahamkan penduduk PPR Lembah Subang secara khususnya tinggal di tingkat 10 telah bersepakat dan komited melakukan transformasi rupa kawasan luar rumah mereka ke arah yang lebih kondusif untuk kegunaan umum.

Kejiranan Penduduk PPR Ini Sepakat Buat Transformasi Jadikan Seperti Kondominium
Sumber Gambar: TikTok
Kejiranan Penduduk PPR Ini Sepakat Buat Transformasi Jadikan Seperti Kondominium
Sumber Gambar: TikTok

Yang dahulunya tampak seperti rumah hantu, kini kejiranan di tingkat tersebut boleh berbangga dengan hasil usaha mereka yang membuahkan hasil apabila ia kelihatan seperti kondominium mewah pula.

Kejiranan Penduduk PPR Ini Sepakat Buat Transformasi Jadikan Seperti Kondominium
Sumber Gambar: TikTok

Antara perubahan yang dilakukan termasuklah mengecat dinding, menambah dekorasi menarik, ganti lantai mozek dan juga menghias dinding dengan cermin unik.

Menariknya, semua ini dilakukan atas inisiatif kejiranan itu sendiri dan saling bergotong-royong dalam menjayakan misi transformasi kawasan luar unit mereka.

Kejiranan Penduduk PPR Ini Sepakat Buat Transformasi Jadikan Seperti Kondominium
Sumber Gambar: TikTok

Dari gambar sahaja, kita boleh membayangkan betapa kondusif dan selesanya buat tetamu atau rider yang datang berkunjung ke tingkat berkenaan.

Kejiranan Penduduk PPR Ini Sepakat Buat Transformasi Jadikan Seperti Kondominium
Sumber Gambar: TikTok
Kejiranan Penduduk PPR Ini Sepakat Buat Transformasi Jadikan Seperti Kondominium
Sumber Gambar: TikTok

Boleh dikatakan transformasi ini telah mengubah rupa keseluruhan tingkat tersebut yang kini berwajah baru dan lebih fresh.

Menjengah ke ruangan komentar, majoriti netizen memuji kejiranan penduduk PPR pada tingkat terbabit yang bersatu hati menceriakan kawasan perumahan mereka dengan inisiatif sendiri.

Kejiranan Penduduk PPR Ini Sepakat Buat Transformasi Jadikan Seperti Kondominium
Sumber Gambar: TikTok
Kejiranan Penduduk PPR Ini Sepakat Buat Transformasi Jadikan Seperti Kondominium
Sumber Gambar: TikTok

Malah, netizen juga bersetuju jikalau usaha murni sememangnya layak menjadi contoh teladan yang baik dan diikuti oleh semua orang tanpa mengira bangsa dan agama di kawasan perumahan masing-masing.