Kelayakan Piala Asia B-20 2025 – Malaysia vs Korea Utara [23 September 2024, 8:00 malam]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia yang membabitkan skuad Malaysia bawah 20 tahun menerusi saluran disediakan oleh pihak tuan rumah.
Tiada siaran langsung disiarkan di saluran TV tempatan namun para peminat boleh menyaksikannya menerusi laman YouTube secara live streaming dimana sahaja anda berada.
Malaysia B-20 vs Korea Utara B-20
Sepak mula: 8:00 malam
Tempat: Stadium Republican Central, Dushanbe
Link Siaran Langsung: Youtube Football TV Tajikistan
Skuad kendalian Juan Torres Garrido itu memburu kememangan kedua selepas mengejutkan Oman 2-1 pada aksi pertama kelmarin.
Selepas menentang Korea Utara, Malaysia dijadualkan bertemu Tajikistan pada Jumaat, 27 September dan Sri Lanka pada Ahad, 29 September 2024, dengan kesemua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Republican Central, Dushanbe.
10 pasukan selaku juara kumpulan bersama lima pasukan tempat kedua terbaik kumpulan akan layak ke pusingan akhir bersama tuan rumah, China untuk Piala Asia B-20 2025 yang akan berlangsung pada 6 hingga 23 Februari 2025.
Berdasarkan senarai pemain, 16 daripadanya dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor manakala 3 pemain lagi daripada pasukan Terengganu, Perak serta Sabah.
Malah, 3 pemain berusia 17 tahun daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) turut terpilih bersama seorang lagi pemain yang beraksi di kelab Jepun, Muhammad Abu Khalil dari FC Osaka.
Selain itu, pemain berdarah kacukan Itali, Danish Haady Pesenti yang berusia 19 tahun turut dipanggil memperkuatkan negara buat kali pertama bagi membuktikan kemampuannya.