Disebalik kemenangan dramatik 4-3 Harimau Malaya ke atas Kyrgyzstan pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 semalam, nama Arif Aiman menjadi bualan peminat bola sepak tempatan selepas tamat perlawanan.
Ini kerana tonggak serangan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu terlibat dalam kebangkitan Harimau Malaya di separuh masa kedua apabila menyumbang 1 gol serta dua bantuan gol sehingga memastikan 3 mata menjadi milik negara.
Baca Juga:
- Analisis Malaysia vs Rep Kyrgyz: Penyudah Tajam Selamatkan Masalah Zonal Marking
- Ranking FIFA: Harimau Malaya Lonjak Di Ranking Ke-130 dunia
- Kim Pan-gon: Motivasi Pemain Perlu Lebih Tinggi Hadapi Kelayakan Piala Dunia
Walaupun Dion Cools yang telah menjaringkan dua gol dinobatkan sebagai ‘Man Of The Match’ namun para peminat bola sepak tanah air sepakat memilih Arif Aiman sebagai pemain terbaik dalam perlawanan itu.
Angle terbaik untuk build up gol ke-4 Malaysia. Nampak player lain dah semput minit ke-90++ tapi our MVP tetap dengan kelajuannya. π¨π¨π¨
One of Kind π₯Ήπ₯Ή, Kudus untuk Faisal Halim jugak! Winning the ball and superb finishing! pic.twitter.com/iUd4idFWij
— FPL.lsasukey3ll (@lsasukeyell) November 16, 2023
Paling menjadi buah mulut peminat ialah gerakan menarik yang dilakukan oleh Arif Aiman ketika minit akhir perlawanan sebelum lorongan bolanya disudahkan oleh Faisal Halim untuk gol keempat negara.
Para peminat bola sepak tempatan juga setuju bahawa Arif Aiman yang kini berusia 21 tahun adalah bakat muda luar biasa yang dimiliki oleh negara ketika ini dan mereka berharap lebih ramai lagi pemain sepertinya dapat dilahirkan.
Appreciation post for this wonderkid.
Iβll start – SUPERSTAR π«΅π» pic.twitter.com/CL6KgCVAk7
— HanifMiswan17 π²πΎ π (@HanifMiswan17) November 16, 2023
Growing up, we all are still reminiscing on SuperMokh. We only heard the stories, never seen the footage also. But the kids of today can bear witness the rise of a new legend. That will be comparable to SuperMokh by the time he hang up his boot. Enjoy him. He is HIM. Arif Aiman pic.twitter.com/bYpCEe4Ycl
— mim π²πΎπ΅πΈπ¦ (@MiMestalla) November 16, 2023
Malaysia vs Kyrgyzstan
Super Arif Aiman. A Masterclass
4 Assists
He carried Harimau Malaya! #HarimauMalaya
— Hazim Farid (@hazimfarid129) November 17, 2023
No offence to everyone but this was all Arif Aiman, single handledly carried the team on his back.
Arif Aiman is him.
— Adam Sariman (@AdamSariman) November 16, 2023
Mengulas mengenai perlawanan semalam, Arif bersyukur dapat membantu pasukan mencatat kemenangan selepas ketinggalan 1-3.
“Kami bolos satu lagi gol pada babak kedua tetapi tidak ada sebab untuk kami mengalah dan buat yang terbaik untuk dapatkan lagi tiga gol untuk mencipta kemenangan kerana kita memang wajib menang perlawanan pertama kelayakan ini sebab ianya sangat penting untuk dapat tiga mata,β katanya.
Arif Aiman merupakan produk Program Pembangunan Bola Sepak Negara dari 2015 hingga 2017 dan kemudiannya menyertai Akademi JDT.
Dia bermain di semua peringkat akademi, termasuk JDT IV, JDT III, JDT II sehingga menjadi pemain tetap untuk pasukan utama pada musim 2021.