Skuad kebangsaan Palestine melakar sejarah apabila mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia buat kali pertama selepas seri ketika menentang Lebanon di Doha, Qatar baru-baru ini.
Ketika negara dilanda kemusbahan dek kerana regim zionis yang kejam, pasukan negara itu telah mencatat sejarah manis apabila mara ke pusingan kalah mati ketika temasya Piala Asia 2023 di Qatar pada awal tahun ini.
Baca Juga:
- Pemain Ternama Di Eropah Beri Sokongan Kepada Palestine
- AFC Sokong Palestine, Mahu FIFA Gantung Israel
- Piala Asia 2023: Negara Berperang Tidak Halang Palestine Lakar Sejarah
Palestine hanya perlukan satu mata untuk mara ke pusingan ketiga dan mereka berjaya mencapai misi itu apabila mengikat seri Lebanon dalam perlawanan panas yang diwarnai dengan 7 kad kuning.
Kejayaan ini mendapat perhatian dari seluruh dunia apabila masyarakat bola sepak mengucapkan tahniah kepada pasukan kebangsaan itu dimana mereka menampilkan prestasi terbaik meskipun negara sedang bergolak.
Huge congratulations to the Palestine National Team on qualifying for the final round of 2026 World Cup qualifiers in Asia
The first time they have ever reached the final round of World Cup qualifying
Some achievement
🇵🇸🇵🇸🇵🇸🇵🇸🇵🇸🇵🇸🇵🇸 pic.twitter.com/hzhNnqJkr5
— IrishPropaganda🇮🇪⚽️ (@IrishPropaganda) June 6, 2024
Palestine has made history by qualifying for the third round of the FIFA World Cup for the first time, with a goalless draw against Lebanon in Doha against the backdrop of Israel's genocidal war on besieged Gaza that has killed many players' relatives and friends pic.twitter.com/oYFdkXuL5K
— TRT Afrika (@trtafrika) June 7, 2024
Palestine kini menduduki tangga kedua dalam kumpulan I dibelakang Australia yang menewaskan Bangladesh dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan di tempat lawan.
Kedua-dua pasukan akan bertemu pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan aksi ini hanya akan menjadi pelengkap jadual memandangkan kedua-dua pasukan sudah mengesahkan kemaraan ke peringkat ketiga.