Aksi pusingan kedua kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 telahpun tamat dimana sebanyak 18 pasukan mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga selepas muncul sebagai juara dan naib juara dalam kumpulan masing-masing.
Kuasa besar Asia tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan ketiga dan Indonesia menjadi satu-satunya pasukan dari rantau Asia Tenggara yang berjaya melepasi saingan pusingan kedua.
Baca Juga:
- Kelayakan Piala Dunia 2026: Suka Dalam Duka Malaysia Atasi Chinese Taipei
- Indonesia Berjaya Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026
- Kelayakan Piala Dunia 2026: Info Siaran Langsung Malaysia vs Taiwan (Live Streaming)
Kumpulan A menyaksikan Qatar selaku juara kumpulan dan Kuwait selaku naib juara mara ke pusingan ketiga sekaligus menafikan perjuangan dua lagi pasukan iaitu India dan Afghanistan.
Jepun muncul selaku juara kumpulan B mencatat rekod bersih sepanjang perlawanan pusingan kedua manakala Korea Utara menduduki tempat kedua dalam kumpulan itu.
Kekecewaan bagi Thailand dimana mereka terlepas peluang untuk layak hanya kerana perbezaan satu gol dalam kumpulan C sekaligus memberikan laluan kepada Korea Selatan dan China.
Keputusan seri 1-1 ketika aksi antara Oman menentang Kyrgyzstan terus menutup peluang Malaysia untuk mara meskipun menewaskan Chinese Taipei dalam aksi terakhir kumpulan D.
Iran dan Uzbekistan sukar dicabar dalam kumpulan E dimana kedua-dua pasukan mencatat mata sama iaitu 14 mata sekaligus mara ke pusingan ketiga.
Dalam kumpulan F pula, Indonesia menemani Iraq selepas mengatasi Filipina dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang diadakan dihadapan puluhan ribu penyokong Garuda yang hadir ke Stadium Gelora Bung Karno.
Finalis Piala Asia 2023, Jordan menampilkan prestasi cemerlang dalam kumpulan G dimana mereka muncul sebagai juara kumpulan mengatasi Arab Saudi di tempat kedua.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain beraksi cemerlang dalam kumpulan H diikuti dengan Australia dan Palestine dari kumpulan I.
Majlis undian akan dijalankan pada 27 Jun ini bagi menentukan enam pasukan yang akan berada dalam kumpulan A dan B.