Tular di media sosial berkaitan muzik video Datuk Seri Nurhaliza yang dirakam sekaam di dalam sebuah gereja.

Video yang dimuat naik menerusi akaun @ghazalimaslan telah menerima jumlah tontonan sebanyak 368,000 dan 13,000 tanda suka daripada pengguna TikTok.

Bagaimanapun, lokasi yang tampak seperti tempat gereja itu langsung menimbulkan pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Difahamkan muzik video itu sebenarnya dirakam di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di IIUM.

Namun ia bukanlah sebuah gereja seperti yang disangka ramai, hal ini kerana seni bina institut itu tercipta daripada hasil inspirasi binaan campuran Morocco dan Islam.

@ghazimaslan

Shooting di International Institute ISLAMIC Thought and Civilization (ISTAC) Dari set music video Magis by Siti Nurhaliza 🎥 #magis #sitinurhaliza #musicvideo #shallowmalaysiandiruangancomment

♬ original sound – Ghazimaslan – Ghazimaslan

“Nasib baca komen, dalam otak dah fikir macam dalam gereja.

“Bila tengok kerusi tu ingatkan gereja.

“Tak sama tapi serupa.. terkejut kita.

Demimian komen yang ditinggalkan oleh netizen sebaik melihat lokasi rakaman musik video terbabit.

Sekadar info pembaca, muzik video itu adalah untuk lagu baharu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Magis yang merupakan salah satu terbitan album Sitism.