Andre Onana dan Alejandro Garnacho mewakili Manchester United menyampaikan kata kata sokongan kepada Faisal Halim.

Onana terkejut apabila mendapat tahu tentang musibah yang menimpa pemain kebangsaan Harimau Malaya itu.

Baca Juga:

Faisal Halim masih dirawat di hospital selepas kejadian simbah asid yang dilakukan oleh dua individu ketika dia berada di parkir kereta sebuah pasaraya terkemuka.

Faisal  Halim kemudian disahkan mengalami lecur kimia tahap 4 yang serius. Yang memerlukan dia dirawat di unit rawatan rapi.

Faisal Halim

Ramai yang menzahirkan rasa simpati dan sokongan kepada Faisal Halim dan keluarganya.

Perkara itu turut sampai ke pengetahuan kem Manchester United.

Onana berkata: “Helo Faisal, kami ada mendengar apa yang berlaku. Kami simpati dengan kamu, kami bersama dengan kamu.

‘Kami tahu ianya detik sukar untuk kamu. Situasi yang sukar juga buat keluarga kamu. Di sini Garna [Alejandro Garnacho] dan saya, kami doakan yang terbaik buat kamu, kami menyokong kamu.

‘Saya bercakap mewakili rakan rakan sepasukan saya [di Man United]. Kita bersama sama [dalam menempuhi semua ini].

“Dan terus berjuang saudaraku.”

Garnacho kemudian menambah: “Kekal kuat dan semoga yang terbaik untuk kamu.”

Peminat bola sepak mengucapkan terima kasih kepada Onana dan kem Man United yang dianggap menunjukkan sikap terpuji dan ‘ada class’.

Sebagai rekod, Faisal Halim pernah berguru di Old Trafford ketika dia menyertai program Mencari Ramli.

Faisal ketika itu pernah menyatakan bahawa pengalaman di Old Trafford itu tiada tandingan nilainya dan tidak boleh dibeli dengan wang.

Faisal Halim dalam kemuncak prestasi kariernya. Beberapa bulan lalu dia diumum sebagai pemenang untuk jaringan tercantik di Piala Asia yang lalu.

Gol luar biasa dilakukannya ke atas Korea Selatan antara momen ikonik, bukan sahaja untuk karier Faisal Halim namun untuk bola sepak Malaysia secara keseluruhannya.

Sama sama kita doakan Faisal Halim akan segera bangkit dan kembali bermain sukan yang dia sukai dan cintai. Dan kita kembali melihat kelibat beliau di atas padang.

Di samping itu semoga pesalah diheret ke muka pengadilan.