Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau tetap setia menyokong Manchester United meskipun kelab itu tewas dalam beberapa perlawanan.
Ahad lalu, skuad kendalian Erik Ten Hag mengalami kekalahan memalukan ketika menentang Liverpool dengan keputusan 0-3 di Old Trafford. Dua gol dijaringkan pemain sayap dari Colombia, Luis Diaz manakala gol ketiga oleh penyerang Mesir, Mohamed Salah
Baca Juga:
Anwar mengakui sering menjadi ‘bahan jenaka’ cucunya setiap kali pasukan kegemarannya itu kalah ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini.
“Saya ini dari dahulu memang penyokong Manchester United, jadi cucu-cucu saya kata papa tok, you are ancient (anda kuno), the history is gone (ia sudah menjadi sejarah), saya kata tidak, saya tidak mahu tukar (sokongan kepada pasukan lain).
“Dia (cucu) sokong Arsenal, sebahagian kecilnya Liverpool, saya kata tidak, saya kata saya tidak akan bersama (mereka menyokong pasukan selain daripada Manchester United),” katanya sambil mengumumkan peruntukan RM15 Juta untuk perkasa skuad Harimau Malaya.
"Saya dari dulu memang penyokong @ManUtd" – PM @anwaribrahim pic.twitter.com/sCQCc7OQcr
— Jason Yew (@jasonyew) September 3, 2024
Anwar berkata, apa yang ditonjolkan cucunya itu menunjukkan bahawa minat terhadap sukan khususnya bola sepak bersifat menyeluruh dan merentas generasi.
“Setiap kali cucu saya datang, dia kata Manchester United kalah lagi papa tok, hish…tak larat dengar,” katanya disambut ketawa hadirin.
Manchester United kini berada di kedudukan 14 dalam saingan EPL musim 2024-2025 dan mereka bakal bertemu Southampton di tempat lawan pada minggu hadapan.