Muskaan Khan tidak pernah menyangka bahawa awal Febuari yang lalu, hari di mana dia pergi ke kolej seperti biasa, dia bakal diangkat sebagai sebuah simbol yang melawan penindasan. Wanita muda berusia 19 tahun ini dianggap sebagai wajah wanita muda India Muslim yang menentang penindasan dalam memakai hijab.
Dalam satu video yang tular baru-baru ini, Muskaan dilihat memasuki kampus seperti biasa, namun disambut dengan laungan ejekan dan hinaan daripada sekumpulan lelaki yang berpakaian selendang kunyit – warna yang dikaitkan dengan nasionalis Hindu – yang mula melaungkan “Jai Shri Ram” atau “kemenangan kepada Tuhan Ram”.
When Muslim girl arrives at PES College, She's been heckled by several 'students' wearing #saffronshawls #KarnatakaHijabRow pic.twitter.com/qa3UDbMPST
— Mohammed Zubair (@zoo_bear) February 8, 2022
Ketika sekumpulan lelaki itu mula mengejeknya, Khan yang berpakaian serba hitan dengan tudung terletak kemas di kepalanya dan berpelitup muka tidak mengendahkan lelaki-lelaki tersebut. Malah beliau tetap berdiri teguh dengan pendiriannya sambil menjerit ‘Allahu Akbar’ sebagai balasan kepada ejekan yang beliau terima.
Dalam satu temuramah bersama BBC dari rumahnya di Bandar Mandya, negeri Karnataka, Khan memberitahu bahawa apa yang beliau lakukan adalah untuk mempertahankan haknya sebagai seorang wanita Muslim dan mempertahankan haknya sebagai seorang rakyat yang bebas untuk menuntut ilmu.
This is for Muskan, who walked like a lioness amid the pack of saffron jackals in Mandya, Karnataka.#muskan pic.twitter.com/yhDIpKYkG1
— Ashish Bagchi (@BagchiAsh) February 8, 2022
Khan, anak kepada ahli perniagaan tempatan, mendakwa bahawa situasinya sedikit berbeza kerana mesej kebencian disebarkan oleh ‘orang luar’ dan bukan pelajar atau rakan sekelas. Para lelaki itu dikatakan menghalang Khan dan memintanya untuk menanggalkan tudung jika mahu memasuki kawasan kampus.
Tetapi Khan berkata dia tekad untuk melawan apa sahaja bentuk penindasan. Dia kemudiannya meletakkan motosikalnya dan meneruskan perjalanan ke kelas. Masa itu, lebih 30-40 orang lelaki datang menghampirinya sambil menjerit-jerit, “Sekali lagi, mereka menyuruh saya menanggalkan tudung jika saya mahu masuk ke dalam,” katanya. “Ya, saya memang melaungkan Allahu Akbar. Apabila saya takut, saya memanggil Allah dan ia memberi saya kekuatan.”
Protest against #Hijab continued even today also at #Bhandarkar private college at #Kundapura. This time #Hindu girl students wearing #saffronshawls came to college protesting against hijab. pic.twitter.com/8kmB8M1w3i
— Imran Khan (@KeypadGuerilla) February 5, 2022
Sebelum ini, Khan dan berjuta wanita Islam di India bebas memakai tudung untuk ke sekolah atau kampus setiap hari. Namun baru-baru ini, ia telah bertukar menjadi isu kontroversi apabila terdapat larangan memakai tudung ketika berada di dalam kelas. Larangan ini menerima bantahan yang meluas dari para pelajar terutamanya mereka yang beragama Islam.
Masalah ini bertambah tebal apabila beberapa sekolah dan institusi pendidikan di India mula melaksanakan larangan yang sama. Ia bertambah parah apabila sebuah institusi pendidikan yang sepatutnya bebas dari sebarang penindasan telah bertindak menyokong kumpulan nasionalis Hindu dalam melancarkan protes bagi menyokong larangan tersebut.
Teacher and classmates escorted Muslim students safely out of the college. #KarnatakaHijabRow pic.twitter.com/aNKp3AzkKF
— Mohammed Zubair (@zoo_bear) February 8, 2022
Ketika protes bertukar menjadi ganas di beberapa tempat, kerajaan Karnataka bertindak menutup sekolah dan kolej – malah perkara itu telah sampai ke mahkamah tinggi negeri itu. Tiga hakim perlembagaan ditetapkan untuk mendengar kes itu Khamis lalu.
Bercakap mengenai sokongan yang beliau terima di media sosial, Khan merasakan bahawa ia adalah satu anugerah untuknya terus kekal kuat menentang penindasan yang tidak masuk akal, “Begitu banyak kasih sayang yang mereka berikan kepada saya dan ia memberi saya begitu banyak kekuatan. Saya sangat berterima kasih kepada mereka,” katanya.
Bagaimana perbalahan antara Muslim dan Hindu boleh tercetus di India ketika ini? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.
Bagaimana Perbalahan Antara Muslim Dan Hindu Boleh Tercetus Di India Ketika Ini?
Lelaki Dari India Cerita Pengalaman Terima ‘Wahyu’ Untuk Sembah Donald Trump
Saintis Dakwa Cara Hidup Yang Kotor Buat Rakyat India Kebal Daripada COVID-19