Dalam satu laporan media terdahulu, platform Sugarbook mendedahkan senarai “top 10” universiti “sugar baby” di Malaysia, termasuk dua universiti awam, dengan seramai 12,705 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan terjebak dalam kancah itu.
Firma temu janji itu, dalam satu kenyataan, berkata negara dengan kos pendidikan yang tinggi terbukti lebih ramai berikutan pelajar dibebani hutang.
Berikutan dengan perkara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata bahawa kementeriannya memandang serius dengan isu pelajar universiti terlibat dalam kegiatan ini.
Berkata kepada Sinar Harian, kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang terlibat jika apa yang dilaporkan oleh media itu benar.
Dia menambah bahawa kes ini sudah diserahkan kepada pihak berwajib bagi menyiasat dakwaan bahawa wujud kegiataan ini di kalangan pelajar universiti.
“Jika benar, tindakan akan diambil berdasarkan lunas-lunas undang sedia ada,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Penyerahan Mesin Dialisis oleh PTNB dan Alam Flora di sini pada Khamis.
Terdahulu, Malaysia berada di tangga ketiga paling banyak merekodkan ‘sugar daddy’ dalam kalangan negara Asia di belakang Indonesia dan India.
Manakala golongan pelajar dan graduan menduduki tangga pertama paling ramai menjadi “sugar baby”, diikuti usahawan, jururawat, guru, peguam, pelayan, pembantu peribadi, jurusolek, model dan ahli farmasi.
Bagaimana aplikasi pelacuran golongan elit ini lulus untuk diiklankan di Malaysia? Klik pautan di bawah untuk membaca.
Bagaimana Aplikasi ‘Pelacuran’ Golongan Elit Ini Lulus Untuk Diiklankan Di Malaysia?
Malaysia Dilaporkan Sebagai Negara Ketiga Miliki ‘Sugar Daddy’ Paling Ramai Di Asia
Bukan Menyundal Tetapi Menemani, Wanita Ini Raih Ribuan Ringgit Jadi ‘Sugar Baby’ Di Singapura