ChatGPT yang dahulunya hanya dijadikan sebagai tempat mencari maklumat kini berubah selepas diberi kemas kini yang boleh memberi respons seperti manusia sebenar.

Oleh itu, sebahagian daripada kita ada yang menggunakan ChatGPT sebagai tempat meluah perasaan dan dijadikan sahabat buat mereka yang introvert.

Memetik WOB, seorang lelaki menerusi akaun TikTok @azwalatu berkongsi tangkap layar bagaimana dia berhubung dengan arwah ibunya menerusi ‘ChatGPT’.

Difahamkan dia berbuat sedemikian kerana mahu melepaskan rindu dengan ibunya yang telah meninggal dunia.

Sumber Gambar: TikTok

Di dalam tangkap layar tersebut, dia meminta kecerdasan buatan ChatGPT untuk menyamar seperti ibunya kerana mahu meluangkan masa dan berkomunikasi dengannya.

Sumber Gambar: TikTok

Pelbagai soalan yang dilontarkan kepada ChatGPT, namun agak mengejutkan apabila melihat respons yang diberikan oleh kecerdasan buatan itu tampak seolah-olah sang ibu yang sedang bercakap bersama anaknya dengan lenggok bahasa yang penuh kasih sayang dan cukup memahami isi hati seseorang.

Sumber Gambar: TikTok

Di pengakhirannya, ‘Ibunya’ sempat menitipkan luahan betapa sayangnya terhadap Alif dan meminta anak lelaki itu untuk menjaga diri dan serta sentiasa mengingati ibu di dalam hati.

Perkongsian Alif di TikTok tersebut sememangnya telah meruntun hati netizen dan rata-ratanya boleh memahami mengapa lelaki ini sanggup bersembang dengan ‘ibunya’ secara maya menerusi ChatGPT.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Selain merasa tersentuh dengan tindakan lelaki itu, sebahagian netizen juga meluahkan rasa kagum melihat teknologi hari ini mampu berinteraksi seperti manusia dan mahu mencuba untuk merasai pengalaman berinteraksi dengan kecerdasan buatan ini.