Sebelum ini kita digemparkan dengan berita di mana sebuah pesawat AirAsia terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Vietnam gara-gara powerbank salah seorang penumpangnya meletup.

Terbaru, seorang pelajar universiti awam terpaksa berputih mata dan menanggung kerugian ribuan ringgit apabila kereta Perodua Kancil miliknya hangus terbakar gara-gara tertinggal powerbank di dalam kenderaan tersebut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
Sumber: Berita Harian

Memetik laporan Berita Harian, insiden ini berlaku di Taman Bersatu, Arau sekitar jam 1.40 tengah hari Ahad.

Menurut pemilik, beliau melihat kereta miliknya itu mengeluarkan asap dari dalam dan mendapati ‘powerbank’ yang ditinggalkannya di dalam kereta tersebut terbakar.

Sumber: Berita Harian

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata, seramai tujuh anggota dengan satu jentera pemadam kebakaran dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Menurut jurucakap itu lagi, api berjaya dikawal pada jam 2.35 petang dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Diharapkan dengan perkongsian ini, orang ramai lebih berhati-hati dalam menggunakan powerbank ini. Elakkan dari meletakkan powerbank ini di bawah terik matahari kerana ianya risiko untuk terbakar atau meletup. Anda juga diminta untuk membeli powerbank yang asli dan berkualiti supaya perkara begini dapat dielakkan.

Terdahulu, sebuah pesawat terpaksa melakukan pendaratan kecemasan gara-gara ‘powerbank’ penumpang meletup. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pesawat AirAsia Terpaksa Melakukan Pendaratan Kecemasan Gara-Gara ‘Powerbank’ Penumpang Meletup

Ini Sebab Mengapa Anda Perlu ‘Hand Carry’ Powerbank Ketika Penerbangan

Sumber