Pada 18 Mei, Sabtu, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung Singapura berkata negara itu sedang mengalami gelombang baharu wabak COVID-19, lapor Straits Times.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti trajektori gelombang baharu wabak itu.
Baca Juga:
- Kerajaan Sedia Rawat Penerima Vaksin COVID-19 Yang Ada Kesan Sampingan
- AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia
- AstraZeneca Mengaku Di Mahkamah Vaksin COVID-19 Miliknya Beri Kesan Sampingan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di negara jiran itu membabitkan dua sub varian baharu Omicron.
Salam All
1/ MOH Malaysia is closely tracking the trajectory of the recent wave of 2-fold increase in COVID-19 cases reported by Singapore.
It was highlighted that combined proportion of sub variants KP.1 and KP.2 currently accounts for over 2/3 of COVID-19 cases in Singapore. https://t.co/fi86bxhzQd
— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) May 19, 2024
“KKM sedang memantau trajektori gelombang baharu peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan di Singapura.
“Setakat ini, dilaporkan ia membabitkan kes gabungan sub varian KP.1 dan KP.2 yang menyumbang lebih dua pertiga daripada kes COVID-19 di Singapura,” petik perkongsian X.com @DrDzul.
Pada masa Dr Dzul berkata orang ramai digalakkan menjaga kebersihan diri sendiri, mengurangkan interaksi apabila berasa kurang sihat dan memakai topeng jika dalam kumpulan berisiko tinggi, di kawasan yang sangat sesak, atau apabila bergejala.