Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor sebagai mangsa pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam , wanita itu disahkan berjangkit semasa melawat anak perempuan mereka di Singapura pada 19 Ogos sebelum pulang ke Malaysia pada 21 Ogos.

Subramaniam
Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Dalam satu kenyataan lain, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, wanita berkenaan dilaporkan mulai demam dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan.

Memandangkan pesakit mempunyai sejarah melawat ke Singapura dan anak perempuannya yang berada di negara tersebut telah disahkan dijangkiti virus Zika, maka Pengamal Perubatan swasta berkenaan telah mendiagnosa pesakit sebagai “disyaki kes Zika”.

Keputusan ujian air kencing yang dijalankan mengesahkan dia dijangkiti virus Zika, namun ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura didapati negatif.

Dalam kes ini kementerian akan melaksanakan kawalan vektor nyamuk Aedes di kawasan perumahan wanita itu di Taman Botanik, Klang.

Sumber