Penyanyi rock alternatif popular, Radhi OAG menganggap tuntutan RM300,000 daripada bekas isterinya sebagai terlalu tinggi dan tuduhan ke atasnya sebagai terlalu berat.
Tuntutan itu dibuat bekas isteri dia, Nur Shahira Ayu Zahiri untuk penyelesaian kes pukul di luar mahkamah.
Jadi, Radhi enggan membayar tuntutan tersebut dan akan meneruskan perbicaraan di mahkamah. Sambil menyifatkan tuduhan ke atasnya sebagai terlalu berat.
Sebelum ini Shahira mendakwa Radhi mendera dan memukulnya pada 19 April 2022, di Kota Damansara.
Dipetik dari lama Xtra, Radhi berkata: “RM300,000 itu bagi saya sangat banyak. Jadi saya pilih selesaikan kes itu menerusi perbicaraan di mahkamah apatah lagi tuduhan terhadap saya sangat berat.
“Kalau betul saya buat (pukul), saya mengaku. Tapi masalahnya saya tak buat. Jadi teruskan dengan prosedur mahkamah.”
Radhi kemudian masih berharap agar bekas isterinya itu terbuka hati untuk menarik semula kes tersebut. Sebelum ini bekas isterinya setuju untuk menarik kes namun masih tetap meminta Radhi untuk membayar RM300,000.
Radhi menjelaskan bahawa bukan itu cara sepatutnya, dia mahu menyelesaikan perkara itu dengan cara baik.
“Harapan saya mahu selesaikan cara baik. Sepatutnya sebelum ni dia tarik balik kes tapi dia minta saya bayar.
“Bagi saya, itu bukan jalannya. Saya tak setuju dan hari ini kita teruskan dengan perbicaraan,” jelas Radhi lagi.